Taaruf Diriku




Pengenalan diri

Nama : Mohd Syahiran Bin Muhammad

Nama Pendek : Syah,Syahiran

Tarikh Lahir : 5 April 1987

Mahasiswa : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Bidang : Diploma Pengajian Islam (Usuluddin)


Warna Kegemaran : Hitam,Hijau tua,Dark Blue dan putih (lebih gemar warna gelap)


Kata-kata Pegangan : Sabda Nabi SAW: Ku tinggalkan untuk dua perkara ( Pusaka), Tidaklah kamu tersesat untuk selamanya,selagi kamu berpengang keduanya, iaitu Kitabullah (Quran) dan Sunnah Rasulullah ( Sunnah).


Lagu yang diminati : Jenis Sentimetal, Kearah keinsafan,kedamaian dan kasih sayang, Penuh dengan nasihat.


Tokoh Ikutan :

Rasulullah SAW,

Khilafah Arrasyidin,

Salahuddin Al-Ayubi,

Syiekh Yusuff Al-Qaradhawi.

Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Bin Hj. Nik Mat ( Menteri Besar Kelantan ),

Tuan Guru Dato Sri Abdul Hadi Awang ( Ketua Gerakan Islam Malaysia (PAS)),

Prof. Dato’ Dr. Haron Din ( Pemikir Islam ),

Dato' Sri Anwar Ibrahim

dan Ustaz-ustaz yang pernah menjadi guruku.



Role Model Dalam Perjuangan

- Allahyarham Dato' Fadhil Noor ( Timbalan Presiden ABIM / Presiden PAS)

-Professor Dato' Dr. Haron Din ( Tokoh Pemikir Islam Dimalaysia / Timb. Mursyidul Am PAS)

-Dato' Harussani ( Mufti Perak)

-Dato' Sri Anwar Ibrahim


Alamat Surat-menyurat :

Lot 593 Kg. Paya Rambai, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu Bandar Raya Islam, Kelantan Darul Naim.


Emel : syah5487@gmail.com


Friendster : www.facebook.com/syah5487


Weblog : http://badrulhaq.blogspot.com


Latar Belakang

*Klik pada gambar

Pada tanggal 4 April 1987, merupakan satu peristiwa bermakna bagi pasangan suami isteri iaitu kelahiran insan yang bernama MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD bertempat di KAMPUNG LORONG MINYAK GAS, Jalan Sultanah Zainab,KOTA BHARU,Kelantan.

Pasangan iaitu MUHAMMAD BIN DERAHMAN DAN WAN AZIZAH BT. WAN JAAFAR sekali lagi dapat menimang cahaya mata yang ketiga daripada 4 orang anaknya,SUHAIRA (Sulong),NUR MAIHAN(Ke-2), dan NUR SYAMIMI (Bongsu). Suhaira merupakan Siswazah Kejuruteraan Awam,UPM, Nur Maihan Siswazah Arkitek,UPM dan Nur Syamimi pada tahun 2008 masih belajar di Sekolah Menengah Agama Arab MAAHAD PENGAJIAN ISLAM(MPI),Kota Bharu dalam tingkatan 4.

Pasangan tersebut tinggal di Lot 593 Kampung Paya Rambai Jalan Bayam,15200 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan Darul Naim yangmana Muhammad bekerja sebagai Bilal Masjid Mukim Paya Rambai,manakala isterinya seorang suri rumah dan kehidupan mereka sederhana.

Mohd Syahiran atau Nama Manja “YANG” mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas,Kampung tersebut iaitu pada umur 6 tahun.Proses untuk masuk tadika amat susah kerana YANG ni takut kepada cikgu yang garang yang pernah diceritakan oleh kakak sulongnya. J Tetapi Alhamdulillah YANG telah melalui zaman tadikanya dengan jayanya.


Pendidikan


Tahun 1993 : Mohd Syahiran memulakan pengajiannyan di Tabika Kemas di Kampung Paya Rambai,Jalan Bayam yang berdekatan dengan Masjid Paya Rambai.

Tahun 1994-1999 : Meneruskan pengajian di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (2),Jalan Pekeliling,Kota Bharu,Kelantan.

Tahun 2000-2005 : Pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama(Arab) Maktab Pengajian Islam (Maahad Pengajian Islam),Kota Bharu.

Tahun 2006 : Mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), di Sekolah Menengah Agama(Arab) Maahad Darul Anuar(MADA),Pulau Melaka,Kota Bharu.

Tahun 2007-Sekarang : Meneruskan pengajian di peringkat Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).


Penglibatan dalam Ko-kurikulum/kepimpinan


Di Peringkat persekolahan :

Tahun 1999 : Ketua Petrol,Pengakap Sekolah Randah dan Pengawas koperasi sekolah.

Tahun 2000 : Timbalan Pengerusi/Koperal dalam Pasukan Briged Bakti Remaja.

Tahun 2001 : Ketua Kelas.

Tahun 2002 : Pengerusi/ Sarjan Pasukan Briged Bakti Remaja.

Tahun 2003 : Pengawas Sekolah, Bendahari Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong ( PSSPGM).

Tahun 2004 : Setiausaha Agong Badan Disiplin,Timbalan Presiden Badan Dakwah, Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong ( PSSPGM),Biro Badan Redaksi sekolah.

Tahun 2005 : Ketua Pelajar sekolah dan Ketua Badan Disiplin.


Peringkat Aktivis Sosial :

Tahun 2006 : Sukarelawan Skuad Ibu Pejabat(SIP),Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan.

Tahun 2007 : Ketua Unit Media,Pertubuhan Briged Bakti,Kelantan, jurulatih silat gelanggang Pusat Bimbingan Masjid Al-Amin (PUBIMAS),Jalan Pengkalan Chepa, Aktivis ABIM.

Tahun 2008 : Jurulatih silat gelanggang Pusat Bimbingan Masjid Al-Amin (PUBIMAS), Penolong Setiausaha/Ketua Exco Kampus,Persatuan Pempimbing Pelajar Islam Kelantan(PPIK), Aktivis Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Tahun 2009 :Amir PKPIM KUIS, Setiausaha Agung PPIK, Exco ABIM Kelantan (Biro Siswazah Muda

Tahun 2010 :Timbalan Yang DiPertuan Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK), Exco Dokumentasi & Penerbitan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Tahun 2011 :Timbalan Yang DiPertuan Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK), Exco Dokumentasi & Penerbitan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Unit Multimedia Global Peace Mission Malaysia (GPM)


Cita-cita masa hadapan :

-Ingin menjadi seorang cendikiawanIslam,Mufti Negeri Kelantan,Ahli Politik

-Bersama-sama pemimpin Islam dalam menegakkan agama Islam di muka bumi.

- Ingin Menyatukan kembali ummat Islam serta menggulingkan kerajaan kafir dan mengembalikan kegemilangan Islam seperti dahulu.


Kegemaran :

-Minat dalam seni grafik komputer (Adobe Photoshop,Micromedia Flash dan Ulead Video Studio dan Adobe Premier.

-Minat dalam aktivis dakwah mahasiswa

-Minat dalam pembikinan dan penulisan Blog.

-Minat dalam perundangan Islam.

-Suka mendengar ceramah agama.

-Suka membaca buku-buku agama.


Perinsip Diri :

  1. Aku banyak menyertai organisasi berteraskan Islam,tetapi aku tidak pernah memperjuangkan sesuatu persatuan atau organisasi tetapi aku memperjuangkan perinsip ataupun matlamat sesebuah organisasi itu jika ia kearah memperjuangkan dan menegakkan Agama Islam sebagai mata rantai perjuangan baginda utusan Allah dan para sahabat.
  2. Aku hidup bukan kerana manusia atau teman hidup dan juga kerana kawan, aku hidup kerana diberi oleh Allah amanah untuk menjaga agamanya. Aku akan ikut siapa yang bersama dengan aku dalam matlamat ini. Jika ada yang tak setuju, terpulang… “LAWAN TETAP LAWAN.”


Sahabat yang disukai :

Seorang yang faham akan pendirian sahabatnya, tidak memandang rendah akan perbuatan atau pendapat sahabatnya dan orang lain, sanggup bersama walau apa jua keadaan, yang sama-sama berjuang menegakkan Islam, pandai ambil hati dan bagi nasihat yang tidak menyakitkan hati dan bernas jika dalam sesusahan dan jika ada buat silap.**masih tiada lagi sahabat yang semacam itu…


Makanan/minuman Paling Digemari :

-Nasi ikan goreng+kicap manis,

-Nasi dagang,

-Nasi Kuah Kari dan manis berlauk ayamgoreng tandoori

-McFlurry (McD),

-Air Milo Ais, Air teh tarik,

-dan semua makanan yang halal.



Taaruf Diriku Taaruf Diriku Reviewed by SyahiranMuhd on 5:42 PM Rating: 5

3 comments:

REPORTING FROM MALAYSIA said...

Syarihan
Assalamualikum

Your blog is great! Keep it up

Mr. Shaya'a Othman

Anonymous said...

Assalamualaikum wrt.,
Blog anta sudah dipautkan dalam blog ana. Teruskan berblog.

Mohd Syahiran Muhammad said...

Saya sudah menggunakan website www.syahiran.my, namun masih aktif kan lagi blog ini,

Powered by Blogger.