Menjadi Perwakilan Muktamar ABIM Pusat ke 38
Aku bersama deligasi dari ngeri iaitu YDP Ust Faisal, TYDP Abg Khairul Anuar Ibrahim, SU Alami, PSU Abg Afzan TYDP ABIM Kota Bharu Abg Abdullah Nawi, Ust Che soh dan Ust Che Wei dari ABIM Pengkalan Chepa, serta beberapa orang exco negeri iaitu Ust. Amin, Kak Syikin, Kak Suhaida dan termasuk aku. Mana kala pemerhati saudara SaifulIslam, Saudari Syazwani (PPIK), Saudari Shahida (PPIK) dan Zul Amin (PPIK)
Aku bertolak pada petang jumaat kerana terpaksa menyelesaikan beberapa tugasan kerana pada hari itu masih ada kelas dan ada beberapa temu janji.
Setibanya di KL Sentral aku bertemu beberapa sahabat dari pimpinan PKPIM yang baru sahaja ditemu-ramah oleh pihak Malaysiakini termasuk abg afzan dan saudara Zulamin yang kebetulan menginap di sekretariat PKPIM.
Selain itu disana juga ada ABIM dari sabah yag baru tiba dan beberapa kakak yang turut ingin ke sana.
Aku bergerak bersama-sama mereka kecuali pimpinan PKPIM tadi, Abg .Afzan dan ZulAmin kerana mereka ada urusan lain yang perlu diselesaikan.
Aku dan kawan-kawan yang lain selamat tiba di masjid Sultan Alam Shah untuk makan malam dan pada masa yang sama sedang berlansungnya diskusi.
Selepas habis program pertama aku terus ke tempat menginap di Sekolah Menengah Tg. Ampuan Jumaah. Pada masa aku sampai, rombangan dari ABIM kelantan masih belum sampai kerana ada masalah.
Aku megucapkan tahniah kepada pimpina baru serta presiden baru Ust. Razak Idris yang juga orang Kelantan (Wakaf Baru) dimana beliau sebelum ini merupakan pensyarah Usuluddin di UKM dan pada bulan oktobor nanti akan menghabiskan pengiannya di peringkat PhD di Malbornd.
Berikut adalah barisan pimpinan ABIM Pusat 09/10 :
Naib Presiden Kebangsaan : Ahmad Saparuddin Yusup
Naib Presiden Antarabangsa : Khairul Faiz Morat
Naib Presiden HELWA : Fadhlina Siddiq
Setiausaha Agung: Muhd Raimi Abd Rahim
Setiausaha Kewangan: P Aizan Tukirin
Penolong Setiausaha Agung: Maria Kamel
Ketua Biro Dakwah: Naim Mohd Noor
Ketua Biro Penerangan: Mohd Hilmi Ramli
Ketua Biro Pembangunan Sosial: Akmal Hisham Abdul Rahim
Ketua Biro Penyelidikan: Fauwaz Hasbullah
Ketua Biro Penataran: Abdul Razak Aripin
Ketua Biro Pendidikan: Dr Haslinda Abdullah
Ketua Biro Ikhtisas: Dr Mohd Mahyudi Bin Yusop
Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Kesihatan): Dr Saifullah Al-Hany Abdul Halim
Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Latihan): Noryzal Zainal Abidin
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (Perhubungan Antarabangsa) : Jufitri Joha
No comments:
Post a Comment