KOMUNIS, SOSIALIS dan KAPITALIS: SUATU TINJAUAN RINGKAS


Negara komunis merupakan istilah digunakan oleh ramai ahli-ahli sains politik bagi menggambarkan satu bentuk pemerintahan/kerajaan negara yang berada di bawah sistem satu parti dan mengisytiharkan taat setia kepada Marxisme-Leninisme, Maoisme dan terbitannya. Negeri-negeri komunis mungkin mempunyai beberapa majlis politik undang-undang, tetapi parti komunis adalah menurut perlembagaan dijamin mendapat peranan besar dalam kerajaan.

Menurut sejarah dunia, Komunis pernah menjajah dan memerintah di banyak wilayah di dunia pada suatu ketika dahulu (Pada masa Revolusi Bolshevik tahun 1917 di Rusia). Kini hanya lima negara yang masih menganut ideologi pemerintahan komunis iaitu China, Cuba, Korea Utara, Laos dan Vietnam.

1. Takrif Komunisme

Commune: Kelompok yg hidup bersama
Communist: Orang-orang yang hidup bersama dalam kelompok
Communisme: Fahaman/Ideologi Komunis
Prinsip Ideologi: Tanah milik bersama.

Fahaman komunisme sering dianggap kejam dan korup, manakala pemimpin Komunis berwatak antagonis (jahat) kerana bersifat diktator serta menafikan terus kebebasan dan hak memilih kerajaan. Fahaman komunis juga dianggap menyeleweng (dari ajaran Islam) sepertimana fahaman Kapitalis dan Sosialis. Untuk itu kita mesti menyelidik untuk mengetahui apakah perbezaan fahaman ini dengan ajaran Islam.

Islam berpandukan Al-Quran, Hadis dan Ijmak Ulamak. Dalam sistem politik Islam, tiada kebebasan mutlak dalam memilih kerajaan. Pemimpin perlu dipilih dari kalangan orang yang beriman dan bertakwa, mursyid (pembimbing), berakhlak dan berketrampilan dalam mengurus hal dunia (worldly affair) serta berorientasikan akhirat (hereafter oriented).

Komunis berpandukan falsafah/pemikiran yang dicipta manusia bernama Karl Marx (Marxime), Lenin(Leninisme) dan Mao Tse Tung (Maoisme).

Marxisme: Marx menyusun sebuah teori besar yang berkaitan dengan sistem ekonomi, sistem sosial dan sistem politik.
Pada dasarnya, golongan marxisme menganggap bahawa secara objektif, masyarakat manusia adalah suatu masyarakat yang terdiri daripada golongan menindas dan golongan ditindas. Ketidakadilan ini menurut marxisme adalah berakar pada sistem sosial manusia sendiri secara objektif, dan bukan disebabkan oleh faktor subjektif sperti moral dan budaya.

Maoisme: Dikenali secara rasmi sebagai Fahaman Mao Zedong/ Mao tse Tung (Parti Komunis China-CPC). Ajaran-ajaran pemimpin China ini asasnya merangkumi perjuangan revolusi majoriti besar rakyat bergelar Perang Rakyat yang melibatkan kaum petani, dan strategi ketenteraanya melibatkan taktik perang gerila yang tertumpu pada pengepungan dari kawasan desa oleh angkatan bersenjata rakyat bukan profesional. Fahaman ini menyediakan garis panduan teori serba lengkap terawal bagi CPC yang menyentuh cara-cara meneruskan revolusi sosialis, pembentukan masyarakat sosialis, pembinaan tentera sosialis, serta menekankan pelbagai percanggahan dalam masyarakat untuk diselesaikan melalui "pembinaan sosialis". Ideologi ini kini masih wujud pada nama dalam Perlembagaan Parti Komunis; iaitu dihuraikan sebagai fahaman yang memandu pembentukan "China baru" dan konsep revolusi menentang imperialisme dan feudalisme.


Simbol Komunis

Tukul dan sabit dikenali sebagai simbol komunis dan selalu digunakan pada parti-parti komunis. Ia bercirikan tukul yang bertindih dengan sabit atau sebaliknya, kedua-dua alat ini melambangkan golongan pekerja industri dan petani; Menempatkan mereka bersama-sama dalam simbol melambangkan perpaduan antara perindustrian dan golongan petani.

Parti Komunis Malaya telah memerintah Malaysia pada tahun 1945, iaitu selepas kekalahan Tentera Jepun. Kemudian British mengambilalih pemerintahan daripada Komunis sehingga merdeka pada tahun 1957. Chin Peng adalah salah seorang pejuang Komunis (Setiausaha PKM) yang masih hidup dan tinggal di luar negara. Isu pemastautinan Chin Peng mendapat reaksi negatif dari kebanyakan masyarakat di Malaysia sehingga sebuah badan NGO menentang Kemasukan Chin Peng telah ditubuhkan. Apa yang pasti daripada reaksi itu ialah ramai rakyat masih tidak lupa kepada kekejaman Komunis semasa Malaysia berada dalam cengkaman PKM dan dosanya itu masih tidak dapat dimaafkan.


Sebab Kejatuhan Komunisme:

Dari sudut yang positif, idea komunis yang digubal menjadi ideologi telah berjaya membentuk sistem hidup sehinggalah ianya diangkat menjadi sistem pemerintahan negara dan menyatukan rakyatnya buat beberapa ketika. Sistem komunis tidak dapat bertahan lama kerana beberapa faktor iaitu:

1. Era pemerintahan Mikhail Gorbachev (1985) memegang jawatan Ketua Parti Komunis Soviet Union ( USSR ) adalah saat bermulanya keruntuhan ideologi Komunis. (kepimpinan yang goyah). Dia memperkenalkan Dasar 'Perestrorika' sebagai satu falsafah pentadbiran negara. Katanya , setiap negara mempunyai kebebasan memilih. Gorbachev mengumumkan akan mengurangkan separuh tentera dan berhasrat berundur dari Afghanistan.

2. Pada tahun, 1989 ekonomi Soviet Rusia amat goyah dan parah. Dasar-dasar Stalin dilihat punca masalah ini serta alasan terbaik kenapa Soviet Union ketinggalan dalam banyak bidang teknologi berbanding di Eropah malah telah diatasi oleh sesetengah negara di Asia Timur Jauh.

3. Negara-negara yang dipengaruhi oleh Soviet Rusia dilabel sebagai 'negara Blok Merah'. Negara-negara di bawah pengaruhnya semakin tertekan dari segi ekonomi. Penentangan timbul dalam bentuk kuasa rakyat seperti di Poland dan Jerman Timur.

4. Di China, pada tahun 1989, mahasiswa negara China mula menentang tindakan kerajaan China terutama setelah kematian seorang tokoh pembaharuan Cina yang disingkirkan. Keadaan semakin memuncak apabila Gorbachev melawat China . Mahasiswa China melaungkan ' Gorby Gorby' kepada Gorbachev kerana menganggap Gorbachev sebagai wira baru. Kerajaan China bertindak tegas dengan menangkap dan membunuh mereka yang melakukan revolusi di Medan Tiannammen pada 13 Jun 1989 .

Pada tahun 1997, Britain menyerahkan Hong Kong kepada China. Di Hong Kong, China membenarkan sistem demokrasi terus diamalkan. Di Taiwan, China menekankan sistem satu negara dua sistem.

5. Selama berkuasa hampir 25 tahun, Ceausescu adalah diktator yang kejam dan korup. Ia memerintah Romania dengan sistem komunis sejak 1965. Akhirnya Nicolae Ceausescu dan isterinya, yang ditembak mati oleh rakyatnya sendiri. Dia enggan mendengar suara/menerima kuasa rakyat.

Kemuncak kuasa Komunis berakhir pada 9.11.1989, Tembok Berlin sebagai sempadan pemisah Jerman Timur ( komunis ) dengan Jerman Barat ( kapitalis ) diruntuhkan oleh rakyat Jerman Timur . Kedua-dua negara tersebut digabungkan semula. Sebelum tembok ini diruntuhkan, lebih 2 juta rakyat Jerman Timur terutama kalangan cendekiawan lari ke negara Jerman Barat.


Islam dan Komunisme

Pemerintahan Islam pernah mengalami nasib yang serupa seperti Komunis apabila Mustapha Kamal Attaturk memperkenalkan dasar pemerintahan baru di Turki menggantikan sistem khilafah (Caliphate) yang berusia 1354 tahun (1 Hijrah - 1354H(1924 M). Khalifah Islam yang terakhir ialah Sultan Abdul Hamid II.

1924 M=1354 H
2009 M=1430 H

Bagaimana pula dengan Sosialisme?


2.Takrif Sosialisme

Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.
Istilah ini berawal dari pergolakan kaum buruh industri dan buruh tani pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20 berdasarkan prinsip solidaritas dan memperjuangkan masyarakat egalitarian yang dengan sistem ekonomi menurut mereka dapat melayani masyarakat banyak daripada hanya segelintir elite.

Sejarah

Beberapa orang berpendapat Robert Owen yang berasal dari Wales, merupakan seorang sosialis yang pertama. Beliau dianggap sebagai pengasas gerakan koperasi di Britain. Beliau berkata pekerjalah yang sepatutnya menjadi tuan untuk syarikat yang mereka bekerja. Pekerja kemudiannya berkongsi keuntungan sesama mereka.

Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.
Antara sosialis terkenal adalah Karl Marx yang menulis buku The Communist Manifesto. Sosialis terkenal lain adalah Vladimir Lenin, James Connolly, Rosa Luxemburg, Fidel Castro, Muammar al-Gaddafi, Albert Einstein, Robert Mugabe, Ho Chi Minh dan John Lennon.


Islam dan Sosialisme

1. Perjuangan Sosialis

Sosialis lahir dari kritikan terhadap revolusi industri yang terdapat
di Inggeris dan Perancis.Eropah pada hari itu bangkit dalam
perekonomiannya, tetapi di sebalik itu ternyata mengundang banyak kekecewaan dalam
hal upah buruh yang bekerja. Kaum pemilik modal/kapital dalam hal kerja telah merampas hak-hak buruh. Sedangkan kaum pekerja sangat bergantung hidup kepada kaum kapital.

Islam dan Sosialisme adalah gambaran yang berbeda dalam lingkaran
kehidupan umat manusia,tetapi ada kesamaan spirit keduanya dalam menegakkan
keadilan dalam realitas sosial yang ada di masyarakat.Keduanya sama-sama
berpihak terhadap perjuangan si miskin, yang nelangsa hidupnya dalam kungkungan
gemerlap dan benderangnya wangi penguasa yang menzalimi nasibnya,keduanya
merupakan ornamen dan cahaya baru untuk meninggikan derajat rakyat miskin dalam
percaturan hidup di dunia.(Seseorang dapat saja menginterpretasikan tulisan ini
secara berbeda-beda,tetapi tiada satupun yang dapat mengubahnya).

2. Perjuangan Islam

Perjuangan islam dan sosialis,yakni sama-sama memperjuangkan
"kaum tertindas".

Dalam sejarah Islam Nabi Muhammad telah memperkenalkannya kepada bangsa
arab suatu keyakinan,serta memimpin rakyat kebanyakan untuk melawan kaum penindas (Jahiliyyah Quraisy). Nabi lahir dan muncul sebagai "ummi".

Kata Ummi menurut Ali Syari'ati (dalam bukunya ideologi intelektual) yang
disifatkan pada nabi berarti bahwa ia dari kelas rakyat yang didalamnya adalah
orang-orang awam yang buta huruf,para budak, anak yatim,janda dan orang-orang
miskin (mustadh'afin) yang luar biasa menderitanya.Jelas orang-orang ini bukan
berasal dari kaum borjuis,aristokrat dan elit penguasa. Dari komuniti
mustadh'afin inilah Muhammad memulai dakwahnya untuk mewujudkan cita-cita ideal agama Islam.

Cita-cita ideal islam adalah adanya transformasi terhadap ajaran-ajaran
dasar islam tentang persaudaraan universal (universal brotherhood), kesetaraan
(equality) dan keadilan sosial (social justice) dan keadilan ekonomi
(economical justice).Islam sangat menekankan kepada keadilan di semua aspek
kehidupan.

Dan keadilan tersebut tidak akan tercipta tanpa membebaskan masyarakat
lemah dan marginal dari penderitaan,serta memberi kesempatan kepada mereka
(kaum mustadh'afin) untuk menjadi pemimpin.

Menurut Al-Quran mereka adalah pemimpin dan pewaris dunia.Firman Allah bermaksud: "Kami hendak memberikan kurnia kepada orang-orang tertindas dimuka bumi.Kami akan menjadikan mereka pemimpin dan pewaris bumi".(QS.AL-Qashash:5) "Dan kami
wariskan kepada kaum yang tertindas seluruh timur bumi dan seluruh baratnya
yang kami berkati."(QS.AL-A'araf : 37).


"Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan membela orang yang
tertindas,baik laki-laki atau perempuan dan kanak-kanak yang berdoa,tuhan kami!
Keluarkanlah kami dari negeri yang penduduknya berbuat zalim,dan berikan kami
perlindungan dan pertolongan dari sisi engkau."(QS.An-Nisa : 75).Dalam ayat ini
menurut Asghar Ali Engineer (dalam bukunya Islam dan Teologi Pembebasan)
Al-Quran mengungkapkan teori "kekerasan yang membebaskan".

Dalam hal ini, apabila peperangan diizinkan di sisi syariat Islam, bukan bermakna Islam menyukai kekerasan atau jenayah, tetapi bersangkutan kepada keperluan untuk mengekalkan keamanan,keselamatan,keadilan dan kesejahteraan.



3.Takrif Kapitalisme

Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme. Kapitalisme berasal dari perkataan kapital (bahasa Inggeris: capital) yang bermaksud "modal".

Sistem Kapitalis

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat.

Dalam kapitalisme, kita berhak menjual atau meminjamkan barang atau perkhidmatan dan orang lain juga berhak membeli atau meminjam barang atau perkhidmatan tersebut. Masyarakat dalam ekonomi kapitalis yang tulen tidak perlu mendapat izin daripada raja atau kumpulan tertentu. Konsep ekonomi kapitalis diperkenalkan oleh Adam Smith dalam bukunya The Wealth of Nations.

Dalam kata lain, setelah pekerja membuat dan mengeluarkan barang, barang tersebut akan dijual oleh pihak pemodal. Pemodal yang mengambil kesempatan akan menindas kaum pekerja kerana mereka mendapat upah yang rendah/tidak setimpal,sedangkan pemodal mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Oleh sebab itu, kaum sosialis dan komunis amat menentang para kapitalis ini. Wujudnya jurang yang luas kaya dan miskin serta mereka yang miskin dan bertambah miskin.

Karl Marx seorang pemikir komunis dari German dalam bukunya Das Kapital (The Capital) menulis bahawa kapitalisme hanya dapat disingkirkan apabila golongan pekerja mengambil alih kerajaan melalui revolusi.

Mereka yang menyokong kapitalisme juga mempunyai perbezaan pendapat. Kebanyakan orang bersetuju bahawa kapitalisme akan berfungsi dengan baik dengan kawalan kerajaan. Di kebanyakan negara, kerajaan berusaha supaya urus niaga jual beli berjalan dengan adil dan tidak menindas pekerja. Apabila terdapat campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi pasaran, ini dipanggil "ekonomi campuran" dan bukannya sistem kapitalisme yang tulen.

Islam dan Kapitalisme

Ajaran Islam juga menentang kapitalisme, atau para kapitalis yang mengaut keuntungan secara berlebih-lebihan (musrifin). Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."

Dalam Islam, di sinilah kerajaan memainkan peranan mengawal urusan ekonomi supaya adil dan saksama di antara para pemodal/peniaga dan pengguna. Hasil keuntungan perniagaan (yang cukup syarat dan haul) akan diambil melalui zakat perniagaan dan dibahagikan kepada orang-orang yang memerlukan. Kerajaan yang beramanah, yang dianggotai oleh pemimpin yang beramanah tidak akan mencuaikan tanggungjawab mereka kepada masyarakat.


Kesimpulannya, sejarah dunia menarik untuk dipelajari bersama sebagai pengajaran dan iktibar.

“Manusia membentuk ideologi, ideologi membentuk cara kehidupan. Sebaik-baik ideologi manusia, manakan sama ajaran dari Tuhan.”

Petikan dari:
http://zahan-article.blogspot.com/2009/06/komunis-sosialis-kapitalis-demokrasi.html
KOMUNIS, SOSIALIS dan KAPITALIS: SUATU TINJAUAN RINGKAS KOMUNIS, SOSIALIS dan KAPITALIS: SUATU TINJAUAN RINGKAS Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 4:07 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.