Perutusan Sempena Aidifitri 1431 H / 2010
Assalamualaikum Warahmatullah
Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar…
Firman Allah swt
“(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Quran, surah Al-Fath 48:4)
Segala Puji Bagi Allah SWT, Selawat dan salam ke atas nabi junjugan besar Rasulullah Sallahu’alaihi wassalam, juga kepada sahabat-sahabat baginda dan kepada mereka yang memperjuangankan agama Allah di muka bumi ini.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi, kerana telah memberi keizinan kepada kita untuk bersama dengan Ramadhan dan juga Syawal pada tahun ini. Kita semua merupakan graduan lepasan Madrasah Ramadhan, dimana sepanjang di bulan Ramadhan kita di didik dengan di letakkan pelbagai ujian yang melibatkan hati dan keikhlasan kita dalam melaksanakan perintah Allah ini. Adakah kita sepanjang Ramadhan ini memenuhinya dengan mencuba pelbagai makanan atau melaksanakan pelbagai ibadah yang telah dijanjikan Allah dengan pahala yang berganda-ganda.
Ramadhan sekali lagi meninggalkan kita, dan umat Islam menyambut pula ketibaan Syawal yang dianugerahkan Allah kepada hambanya yang telah melepasi bulan Ramadhan. Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.
Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.
Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.”
Di hari yang mulia ini juga, umat Islam dihendaki menziarahi dan bermaaf-maafan antara satu sama lain dan ini merupakan peluang bagi kita semua untuk menjana kembali tali persaudaraan antara umat Islam yang semakin rapun dihakis oleh pelbagai jurang-jurang perbezaan fahaman, idologi, pedirian, bangsa dan lain-lain lagi yang telah memberi kesan kepada kekuatan umat Islam dunia hari ini.
Generasi muda hari ini harus menjadi pemangkin dalam mengambalikan kekuatan umat Islam sebagaimana generasi yang lepas yang mana kita ketahui ramai tokoh-tokoh yang menggegarkan dunia di usia mudanya, seperti Panglima Tariq Bin Ziyad yang telah menawan Sepanyol atau Andalus, begitu juga Sultan Salahuddin Ayubi yang berjaya merampas kembali baitul maqdis dari pada tangan Kristian, Manakala Sultan Muhammad Al-Fatih yang berjaya membuka Kota Konstantinopal dan ramai lagi.
Dikempatan ini juga Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia terutama teman-teman aktivis Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), teman-teman aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia, teman-teman aktivis Kelab Generasi Temadun Dunia (GPTD), teman-teman aktivis Pertubuhsn Briged Bakti Malaysia, teman-teman aktivis Gerakkan Dakwan di Malasyia dan seluruh teman-teman yang mengenali diri ku.
Allahuakbar..Allahuakbar.. Allahuakbar.....
Hidup Biar Berjasa
Mohd Syahiran Bin Muhammad
Kota Bharu, Kelantan.

Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad
on
5:08 PM
Rating:
1 comment:
1432H? Cepatnya masa anta berlalu... :D
Bukan sekarang 1431H?
Post a Comment