Program Kembara IPT (KIPT 2011)


Pada 28-30 Januari 2011, Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) telah mengadakan program yang diberi nama Kembara IPT , atau singkatannya (KIPT 2011) yang disasarkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, STAM dan STPM . Program ini mendapat kerjasama daripada pihak ABIM Besut yang menghantar seramai 30 orang pesertanya. serta 3orang pengiring iaitu Sdr Adham, Ab.Rahman dan Sdri Mizah.

Objektif KIPT 2011 adalah bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar ke IPT-IPT yang mungkin diidam-idamkan serta dapat merasai sendiri suasana berada disana biarpun dalam jangka masa yang singkat.

Majlis Perasmian KIPT 2011, telah di sempurnakan oleh YBhg. En. Kamaruzzaman Bin TK Kutty yang merupakan penasihat utama PPIK dan juga mantan Yang Dipertua PPIK, bertempat di dewan Kompleks Masjid Al-Hikmah ABIM, Tanjung Mas, Pengkalan Chepa. Turut bersama-sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Puan Ezzat Mulyawati mewakili pihak YaPEIM, Sdr. Hafeez (SU ABIM Kelantan), Ust. Amin (Exco ABIM Kelantan), Ust. Zaiman (YDP ABIM Besut), Ust. Shakir (TYDP ABIM Besut), Sdri Mizah (Exco PPIK), Sdri. Azura sebagai setiausaha Program dan juga Sdr. Mohd Syahiran yang merupakan pengarah bagi KIPT 2011 ini.

Peserta KIPT 2011 berlepas pada jam 10.30malam dengan menaiki dua buah bas yang disewa khas dan pada keesokkan paginya tiba di Pusat Asasi UIA PJ, untuk persiapan diri serta sarapan.

Kemudiannya KIPT 2011 menjelajah ke Universiti Malaya untuk bersama-sama dalam perasmian sambutan 50tahun Jubli Emas Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang menjadi Persatuan Iduk bagi PPIK dan juga Persatuan pelajar Islam di negeri-negeri lain. Turut bersama-sama dalam perjalanan program ini iaitu Sdr. Abdullah Nawi, yang merupakan YDP PPIK, dan Sdr. Syazwan (Exco PPIK).

Sebelah petangnya, selepas solat Zohor, peserta menjelajah pula ke Universiti Putra Malaysia. Tiba di Pusat Islam UPM, disambut oleh rakan-rakan dari kelab Bimbingan Mahasiswa UPM (KBM) iaitu saudara Faris, Sdri. Atiqah Syai'rah dan lain-lain. Pihak KBM membawa peserta mengelilingi UPM bersama-sama dalam bas dan memberi penerangan tentang UPM termasuk Fakulti dan juga Asrama.

Kemudian, peserta KIPT 2011 dibawa ke Putrajaya bagi melihat sendiri tempat yang sebelum ini hanya dilihat di kaca televisyen. di sana, peserta dibenarkan bersiar-siar dan kemudiannya makan malam disitu.

Disebelah malamnya, Perserta Kembara IPT akan menginap di UKM, disana telah disambut oleh sdr. Arrabe' yang merupakan pelajar master disitu serta Pengerusi Kelab PKPIM di UKM. Peserta berehat dan keesokannya bersama Sdr. Arrabe' di Fakulti Sains Sosial. Disana para peserta dapat merasai suasana belajar dalam kuliah dimana tempat duduknya yang betingkat.

Kapada jam 11pagi, peserta KIPT 2011 pula berlepas ke destinasi terkahir, iaitu ke Pusat Belia Islam, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bertempat di Taman Cemerlang, Gombak. Disana para peserta diberi penerangan tentang ABIM dan juga tentang Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) yang disampaikan oleh Sdr. Syazni selaku timbalan pengerusi GPTD. Kemudian disana juga perasmian penutupan KIPT 2011 oleh YBhg. Dr. Mohd Mahyudi yang merupakan Exco ABIM Pusat.

Majlis Perasmian :








Tiba di PA UIA PJ






Di UM : Smbutan 50tahun PKPIM











Pengalaman Saya bersama mereka :
Dapat juga menyampaikan Cenderahati dari PPIK kepada sasterawan negara iaitu A.Samad Said (Pak Samad)

Menyampaikan cenderahati kepada YB Dato' Saifuddin Abdullah, Timb. Menteri
Pengajian Tinggi, Mantan Timb Presiden PKPIM

Cenderahati dari PPIK kepada Dato' Dr Siddiq Fadzil
Presiden Wadah Pencerdasan Umat, Mantan Pres ABIM, Mantan Pres. PKPIM

Di UPM :










Di UKM







ABIM Pusat




Saya mempengurusaikan majlis penutup KIPT 2011









Putrajaya


Program Kembara IPT (KIPT 2011) Program Kembara IPT (KIPT 2011) Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 12:22 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.