Menghadiri Majlis Perkahwinan Kak Zura & Sir Syafiq


Pada 27 November 2011 yang juga merupakan awal tahun Hijrah, saya telah menghadiri majlis Perkahwinan Noor Azura Binti Mat Safalisan (Kak Zura) dengan Mohd Syafiq Bin Yaakob (Sir Syafiq) bertempat di Kampung Padang Lembek, Ketereh Kelantan.

Saya bersama beberapa rakan Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) iaitu Hamizah (Timb.Pengerusi HEWI), Salihah, Faihah (SU HEWI) & Muizuddin (Exco Penerangan) bersama Puan Ezzat Mulyawati (Kak Jat) dan suaminya En. Hazrat (Abe Yat) daripada ABIM Kelantan, kerumah pengantin pada jam 3petang.

Sedikit profail pengantin ialah, Kak Zura merupakan lepasan UIA, dalam bidang Usul Fiqh dan bergiat aktif dalam PPIK di Kampusnya dan kemudian sekarang sebagai Naib YDP Hewi PPIK serta "part time" di Sekretariat ABIM Kelantan, Tanjung Mas Kota Bharu. Manakala Pengantin lelaki merupakan seorang guru bahasa Inggeris & Muzik, sekarang sedang membuat PJJ Ijazah di IPG terengganu, merupakan aktivis Briged Bakti Malaysia Cawangan Kelantan (BBMCK) dan sekarang merupakan Ketua Biro (Exco) Latihan ABIM Kelantan. Apa yang menariknya kedua-duanya merupakana aktivis dakwah dlm ABIM (PPIK merupakan ABIM diperingkat pelajar) dan mereka disatukan oleh phak ABIM Kelantan.

Dalam majlis ini dihadiri oleh rakan-rakan dri Briged Bakti dan ABIM, ade juga yang saya tak sempat berjumpa seperti Rahaizad YaPEIM, Faizal YaPEIM, A.amru JPJ dan lain-lain. Manakala Presiden PKPIM juga turut hadir iaitu Sdr. Fahmi Samsudin yang kebetulan balik ke Terengganu bersama beberapa aktivis PKPIM UIA.

Saya doakan agar perhubungan mereka diberkati Allah sehingga ke Syurga... Amin...

Banting sumbangan Design saya







Menghadiri Majlis Perkahwinan Kak Zura & Sir Syafiq Menghadiri Majlis Perkahwinan Kak Zura & Sir Syafiq Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 12:48 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.