Program BaktiSiswa Selangor di Dengkil


Pada 18-20 November 2011, saya telah mengikuti program BaktiSiswa anjuran bersama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) & Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama JKKK dan Penyelaras Dun Dengkil bertempat di Bukit Changgang, Dengkil Selangor.

Selain BaktiSiswa di Dengkil, turut diadakan juga di Semenyeh dan saya mewakili PKPIM bersama-sama seorang lagi exco PKPIM iaitu Erni NurHidayah untuk menyelaras program ini di kawasan ini. Peserta BaktiSiswa ini dihadiri oleh Mahasiswa dari Pusat Asasi UIA Nilai & UNISEL.

Pada hari pertama sehingga tengah hari, peserta BaktiSiswa membantu program Kem Solat yang diadakan di Masjid Bukit Changgang dan manakala disebelah petang, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk membuat gotong-royong membersihkan rumah orang-orang susah.

Dengkil merupakan kawasan yang berdekatan dengan Banting dan juga Sepang serta menjadi laluan kapal terbang yang mendarat di KLIA.

Pada hari terakhir, kami sekali lagi dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk sesi ziarah rumah orang kampung. Kebanyakkan orang disini iailah orang-orang yang telah berumur ada juga yang telah bersara & rata-rata bekerja sebagai peladang kelapa sawit & bekerja sendiri.

Saya telah menziarah tiga buah rumah, dimana dumah yang pertama didiami oleh seorang nenek yang tidk boleh berjalan dan kurang daya pendengaran, hanya diwaktu pagi serta tengah hari sahaja cucunya yang masih bersekolah menengah datang untuk memasak untuknya dan pada hari itu beliau ditemani oleh saudaranya yang datang dari Kuala Lumpur.

Nenek itu bercerita tentang dia dan anak-anaknya yang sekarang bekerja di Kuala Lumpur dan seorang shaja yang tinggal berdekatan, tiba-tiba beliau menangis dan memberitahu pada waktu malamlah die merasa seperti berada dalam penjara apabila pintu dan tingkap semuanya ditutup.

Rumah kedua yang kami ziarahi, didiami oleh seorang nenek yang tinggal dengan anaknya, seorang cucu yang tinggal bersama-sama suaminya dirumah itu. Rumahnya bukan rumah yang uzur kerana rumah batu yang bersambung dengan rumah kayu dan saya tidak merasakan itu adalah keluarga susah walaupun anaknya itu tidak bekerja kerana lelah & bergantung kepada wang yang dihantar oleh cucunya yang bekerja diluar sana.

Rumah ketiga iaitu rumah yang terakhir didiami oleh seorang nenek yang berusia 110tahun, masih kuat untuk mengemas halaman rumah dan dalam rumah. Saya amat tertarik apabila beliau mengatakan " Itulah suami saya (yang telah lama meninggal) sampai bila-bila". Belitu setianya Kasih Sayang nenek itu kepada suami tercintanya.

Pada hari ini juga diadakan majlis penutupan BaktiSiswa dimana saya berucap mawakili PKPIM bersama-sama Abg. Saifullah sebagai pengarah program, Mantan Naib Presiden PKPIM & sekarang bekerja dibawah pejabat Menteri Besar Selangor dan yang lain ialah JKKK (Ketua Kampung) dan Penyelaras Dun Dengkil.

Ziarah dirumah pertama

Berucap mewakili PKPIM


Bergambar bersama En.Aziz, JKKK
Program BaktiSiswa Selangor di Dengkil Program BaktiSiswa Selangor di Dengkil Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 11:47 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.