PERUTUSAN AIDILFITRI 1436H
Bismillahirrahmanirrahim,
Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..
Segalapuji bagi Allah tuhan sekalian alam,
selawat dan salam keatas junjungan baginda, Nabi Muhammad SAW, para sahabat
serta kepada mereka yang memperjuangkan agama Allah.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan
tahniah kepada kita semua kerana telah melalui atau mengikuti pembelajaran
sepanjang berada di dalam Madrasah Ramadhan. Sebagaimana yang telah kita
ketahui, disepanjang bulan Ramadhan telah dilatih dengan latihan-latihan untuk
menjadi seorang Muslim yang berkualiti mengikut “spec” yang Allah kehendaki
dimana Allah ta’ala telah meletakkan puasa sebagai kayu ukur kepada peghayatan
Ramadhan itu kerana disamping berpuasa kita turut menjaga akhlak, tuturkata
serta diberi ganjaran berganda-ganda dalam melaksanakan ibadah.
Alhamdulillah, pada tahun ini kita sekali lagi
dapat menyambut Aidilfitri iaitu hari kemenangan bagi orang yang bertaqwa.
Dalam bulan Syawal yang mulia ini marilah sama-sama kita manfaatkan sebaiknya
dengan mengeratkan ukhuwwah serta memperteguhkan kekuata ummat Islam. Hari ini
kita telah melihat perpecahan dalam kalangan umat Islam, yang perpunca daripada
kekilafan-kekilafan yang meletakkan keegoan serta kepentingan diri sebagai
keutamaan tanpa menjadikan pesanan baginda sebagai rujukan. Perkara ini harus
di pandang serius serta di muhasabah kembali dengan memperbaiki segera agar
kekuatan Islam tidak terus rapuh.
Pada hari yang mulia ini juga ayuh sama-sama
kita panjatkan kesyukuran kepada Allah ta’ala kerana kita masih dapat menyambut
Aidilfitri dalam suasana aman damai tatkala saudara-saudara kita menyambut
Aidilfitri dalam keadaan serderhana dalam Negara yang tidak stabil terlibat
dalam perperangan oleh musuh Allah dan teruslah kita berdoa kepada
saudara-saudara kita ini agar diberi kekuatan untuk menghadapi ujian Allah ini
serta di beri kemenangan.
Dikesempatan ini, saya mewakili saff kepimpinan
serta warga Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) ingin mengucapkan Selamat
Menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Semoga Aidilfitri ini
memberi Pengukuhan Tali persatudaraa dan Penguat Umat Islam.
Wallahu’alam,
MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Presiden,
Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
PERUTUSAN AIDILFITRI 1436H
Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad
on
1:27 AM
Rating:
No comments:
Post a Comment