Selamat Mengundi Rakyat DUN N.41 Manik Urai
Esok merupakan penentu kepada kedua belah pihak yang sudah lama berkempen bertungkus- lumus serta memberi pelbagai janji bagi menambat hati penduduk di DUN Manik Urai, Kuala Krai Kelantan.
Apa yang utama yang perlu diambil kira oleh penduduk ialah jaminan akan penduduk didalam DUN tersebut sentiasa terbela dan di beri perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab . Tidak kira daripada parti mana pun jika tiada kesedaran akan tanggungjawab sebagai YB rakyat akan di biarkan.
harapkan kepada penduduk DUN Manik Urai, agar fikirlah dari segala sudut, bukan hanya memilih orang yang baiks sahaja tetapi melihat seluruh pribadi serta pucuk pangkalnya datang dari phak mana dan apakah pihak tersebut boleh menjadi jaminan kepada anda semua.

Kepada kedua pihak yang bakal menjadi YB, iaitu dari PAS Saudara Fauzi Abdullah dan dari BN (UMNO) Saudara Tuan Aziz Tuan Mat semoga berjaya dan bila sudah mendapat keputusan nanti janganlah lupakan kepada mereka yang telah penat-penat keluar dari rumah memilih anda sebagai pembela mereka.
Semoga esok semua penduduk keluar mengundi bagi memilih pemimpin masing-masing, kerana ianya wajib keatas setiap ummat Islam dalam memilih pemimpin mereka dan ucapan juga selamat bercuti umum kepada seluruh rakyat Kelantan
Selamat Mengundi Rakyat DUN N.41 Manik Urai
Reviewed by SyahiranMuhd
on
6:50 PM
Rating:

No comments:
Post a Comment