Menghadiri Mesyuarat Agung Briged Bakti Malaysia



Pada 22 Mei 2010, telah diadakan mesyuarat Agung Pertubuhan Briged Bakti Malaysia yang ke dua di mana saya telah menghadirinya mewakili ABIM Kelantan, bertempat di Kolej Darul Hikmah, Kajang.

Pertubuhan Briged Bakti merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membawa pendekatan islamik, yang mensasarkan kepada pelajar-pelajar diperingkat sekolah dalam memberi pendedahan akan kerja-kerja aman dan kesukarelawan.

Sebelum penubuhan diperingkat Malaysia pada tahun 2009, BBM telah 20 tahun bergiat di Kelantan dimana pada masa itu dinali sebagai BBNK yang menjadi sebahagian daripada unit KO-Kurikulum di peringkat sekolah menengah tidak kira di SMK, SMKA atau sekolah di bawah Yayasan ISlam Kelantan (YIK).

Saya adalah salah seorang daripada pemimpin terawal iaitu sebagai komandan dan pengerusi diperingkat sekolah Maahad Pengajian Islam (MPI) Kota Bharu.

Dalam msyuarat agung BBM ni dihadiri oleh Pengerusinya iaitu Dr. Razak, Timbalannya Dr. Rosdi, Setiausaha En. Che Yob dan lain-lain ahli jawatankuasa daripada setiap negeri termasuk wakil-wakil dari ABIM pusat iaitu En. Saparuddin yang juga naib presiden ABIM dan juga En. Izhar (exco ABIM).

Menghadiri Mesyuarat Agung Briged Bakti Malaysia Menghadiri Mesyuarat Agung Briged Bakti Malaysia Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 10:05 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.