Terbaik SPM 2010 : PPIK mengucapkan Tahniah kepada Pelajar kelantan
Alhamdulilllah, daripada keputusan SPM yang telah keluar kelmarin,Kelantan mendapat tempat yang terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di peringkat kebangsaan dengan mencatatkan peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 5.15 mengatasi Gred Purata Nasional iaitu 5.19 dan pencapaian yang terbaik untuk tempoh tujuh tahun.
Enam pelajar terbaik daripada Sekolah Kawalan Jabatan Pelajaran Negeri, Sekolah Kawalan Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah harian biasa muncul pelajar terbaik Kelantan apabila mencatat keputusan cemerlang tertinggi iaitu memperoleh semua A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Manakala sekolah dibawah Kerajaan Negeri yang dikendalikan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang terdiri daripada Sekolah Menengah Agama (Arab) (Bantuan kerajaan) dan Maahad(Penuh kerajaan) pencapaian meningkat pada tahun 2010 berbanding iaitu 96.37% berbanding pada tahun 2009 iaitu 95.91.
Usaha untuk mencapai kejayaan ini bukan lah yang terakhir dan ia bukan lah satu-satunya usaha untuk mendapat kejayaan. Usaha untuk menjadi Manusia yang cemerlang itu adalah yang paling dituntut terutama untuk menjadi seorang penganut Agama Islam.
Mohd Syahiran Bin Muhammad
Timb.YDP
Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
2010/2011
http://ppik-kelantan.blogspot.com
Terbaik SPM 2010 : PPIK mengucapkan Tahniah kepada Pelajar kelantan
Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad
on
9:50 PM
Rating:
No comments:
Post a Comment