Konvoi Raya Adilfitri PPIK 2011

Alhamdulillah pada raya keempat yang jatuh pada 2 September saya sempat bersama rakan-rakan Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) dalam program Konvoi Raya Aidilfitri 2011 yangmana kami berkonvoi ramai-ramai ke rumah senior-senior dalam PPIK-ABIM- WADAH.

Pada jam 8pagi, peserta seramai 27 orang berkumpul di perkarangan masjid Telipot Kota Bharu untuk memulakan perjalanan ke rumah pertama iaitu rumah YDP ABIM Kelantan, Ust. Faizal Abdullah. Untuk ke rumah beliau kami hanya berjalan kaki kerana rumahnya hanya terletak di seberang jalan masjid sahaja. Di rumah Ust Faisal, saya telah memulakan ucapan sebagai ketua rombongan, kemudian YDP PPIK dan akhir sekali amanat dari beliau yang berbentuk nasihat untuk generasi muda Islam.

Kemudiannya, Konvoi bermula ke rumah kedua iaitu rumah En. Wan Azman. Beliau merupakan Pengerusi Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Negeri kelantan yang juga bekas pengarah RISDA. Di rumah beliau, telah memberi sedikit perkongsian yang menekankan tentang fokus gerak kerja PPIK kerana beliau cukup menekankan tentang aspek pemgurusan.

Akhir sekali, ke rumah ketiga iaitu rumah Cikgu Kamarulzaman Kutty yang merupakan mantan YDP PPIK yang lepas. Beliau juga turut memberi amanat yang banyak melibatkan tentang halatuju PPIK yang kena banyak buat perubahan daripada zaman beliau memegang kepimpinan yang lalu.

Kami berpisah dirumah Cikgu Kamarulzaman, dan pada masa itu sudah hampir masuk waktu solat Jumaat. Saya bersama rakan, Saiful Nizam beregegas kembali ke masjid Telipot kerana moto si Nizam ni ade kat sane.

Bagi saya, untuk konvoi ini sangat bermakna kerana ia berkongsepkan ziarah raya beramai-ramai dan menuntut ilmu dari orang-orang lama sambil mengeretkan ukhuwwah antara mereka & ahli PPIK. Inilah yang ingin ditekankan oleh PPIK iaitu Keilmuan & kebaktian serta menjadi anak muda yang berjiwa besar.


Di Rumah Ust Faizal
Gambar Kenang-kenangan (Ust Faizal yang sedang pegang anaknya)

Di Rumah En.Wan Azman

Saya sedang memulakan majlis

Perkongsian dari En Wan

YDP PPIK sedang memberi cenderahati

Gambar kenang-kenangan

Di Rumah Cikgu Kamarulzaman Kutty

Gambar Kenang-kenangan

Cikgu sedang memberi amanat

Saya bersama YDP PPIK memberi sedikit cenderahati




Konvoi Raya Adilfitri PPIK 2011 Konvoi Raya Adilfitri PPIK 2011 Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 9:52 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.