Majlis Makan Amal PPIK (MMAPPIK)



Pada 14 April 2012 bertempat di Hotel Raudhah, Kota Bharu, telah berlangsungnya Majlis Makan Amal Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) atau singkatannya MMAPIK 2012.

Majlis makan amal ini yang kedua kali di adakan selepas pada tahun 2011 bertempat di hotel Rebana Kota Bharu yang bertujuan mengumpul dana tahunan PPIK yang disumbangkan oleh pelbagai pihak termasuk syarikat, agensi, Pusat Khitmat Masyarakat ADUN Guchil dan Semerak serta individu di Kelantan.

Selain penyumbang dari syarikat serta individu, MMAPIK 2012 turut dihadiri wakil-wakil dari NGO Islam iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM Kelantan),Wadah Pencerdasan Umat (WADAH Kelantan) dan Islamic Outreach ABIM (IOA Kelantan).

MMAPIK di mulakan dengan ucapan daripada pengarah program, Encik Ahmad Zulkifli Khair Low yang juga Bendahari Kehormat PPIK, menerangkan tujuan majlis ini di adakan serta mengucapkan terima kasih kepada yang sudi menyumbang dan kemudian di rasmikan oleh Timbalan Yang Di Pertua PPIK iaitu saudara Mohd Syahiran Bin Muhammad mewakili YDP PPIK.

Majlis Makan Amal ini juga turut di hiburkan oleh penasyid-penasyid daripada anak-anak muda di Kelantan seperti The Voice dan Eltizam dan majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penyumbang-penyumbang serta sesi bergambar bersama Vip dan AJK penggerak.


Hadirin


Pengerusi Majlis


Ucapan Perasmian TYDP PPIK


Meja VIP


Menyampaikan Cenderahati kepada penyumbang


Menyampaikan Cenderahati kepada penyumbang



Menyampaikan Cenderahati kepada SUA PKPIM, Sdr Shazni Abdullah


Bergambar bersama Wakil PKPIM, TYDP PPIK, Pengarah Program,


AJK lelaki dan Penasyid jemputan


Bergambar bersama Wakil PKPIM, TYDP PPIK, Pengarah Program dan AJK perempuan


www.ppik.my

Majlis Makan Amal PPIK (MMAPPIK) Majlis Makan Amal PPIK (MMAPPIK) Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 1:17 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.