PERUTUSAN RAMADHAN 1436H



Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat illlahi kerana dengan keizinannya pada tahun ini kita semua masih di beri peluang untuk bersama dalam bulan Ramadhan yang mana seperti kita ketahui bulan ini bukan seperti bulan-bulan yang lain, tetapi bulan Ramadhan ini terkandung banyak Hikmah yang di sediakan oleh Allah SWT yang seharusnya memanfaat peluang keemasan ini sebaiknya oleh kita semua.

Bulan Ramadhan bukan sekadar bulan untuk kita berpuasa, tetapi bulan ini lebih kepada bulan mendidik serta menyucikan diri menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam Surat Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa”.

Bulan Ramadhan merupakan sebuah madrasah yakni institusi pendidikan, membentuk disiplin yang akan melahirkan muslim yang berkualiti. Disepanjang bulan ini kita tidak hanya diperintahkan untuk menjalan ibadah puasa semata-mata, bahkan diberi peraturan serta syarat-syarat yang harus di jaga serta di amalkan.

Disepanjang menjalankan ibadah puasa, kita juga disuruh untuk menjaga akhlak, menjaga tuturkata serta perbuatan sebagaimana Sabda Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa” [Bukhari-Muslim].

Selain itu juga Ramadhan mendidik jiwa untuk bersabar sebagaimana Sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang dari kalian bengun dalam keadaan berpuasa, maka janganlah ia berbicara jorok dan kotor, maka jika seseorang dicaci atau diperangi, maka hendaklah ia berkata: Aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa. (Shahih Muslim No.1941)”, disamping kita bersabar menahan lapar dan dahaga.

Selain daripada Ramadhan memberi pendidikan dalam pembentukan akhlak dan disiplin, Ramadhan juga mendidik kita untuk memberi perhatian kepada fakir miskin serta mereka yang memerlukan dengan memperbanyakkan kebajikan serta sedekah sebagaimana Sabda Rasulullah SAW ” Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperoleh pahala sama dengan orang yang berpuasa; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun.” (Hadis At Tirmidzi)

Sempena Ramadhan pada kali ini, saya ingin mengajak seluruh umat Islam agar terus bersatu diatas nama agama Islam, disepanjang kehidupan kita tidak akan lari dari kekilafan iaitu salah faham dan salah silap serta perbezaan pandangan terutama bila bekerja dalam sesebuah kumpulan. Ayuh kita jadikan bulan yang penuh barakah ini sebagai bulan untuk memperkuatkan umat Islam serta memperkukuhkan gerakkerja dakwah kita dalam mendidik masyarakat agar lebih yakin dengan Islam.

Semoga Madrasan Ramadhan pada kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita semua supaya dapat melahirkan umat Islam yang lengkap dengan sifat-sifat yang di kehendali oleh Allah Ta’ala.
Wallahu’alam,

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Presiden,
Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
PERUTUSAN RAMADHAN 1436H PERUTUSAN RAMADHAN 1436H Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 12:16 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.