.....Akhirnya Perak?
Pilihan Raya Umum ke 12 sudah berlalu, namum wajah selepasnya tidak seperti tahun-tahun sebelum ini kerana jika diperhatikan wajah demokrasi di Malaysia sudah banyak berubah selepas parti pemerintah menyapu negeri-negeri dimalaysia dan mengekalkan Kelantan dibawah pembangkang namum lain pula jadi nya selepas pilihan raya yang lalu.
Dimana pada PRU ke 12 lalu, pembangkang pula menunjukkan taringnya, memang tidak menyangkan lima negeri pada awalnya diambil alih oleh pakatan pembangkang terbesar iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan Parti Bertindak Demokrasi (DAP).
Selepas dari itu ia tidak terhenti dengan masing-masing yang memerintah menjalankan tugas tetapi pelbagai polimik yang berlaku antaranya berlakunya pilihan raya kecil dan lompat parti oleh YB parti yang menang ke parti yang kalah dalam negeri.....
Yang paling jelas kita lihat adalah di Perak dimana masa inilah pelbagai isu timbul, seperti pemcabulan demokrasi, mencabar institusi diraja dan keadilan dalam perlembangaan yang dibuat suatu masa dahulu.
Klimaks dimukan oleh seorang YB dari BN lompat ke PKR dan tidak lama kemudian 2 YB dari PKR pula lompat ke BN termsuk seorang YB DAP. Selepas itu dalam Berita jam 8 malam keluarlah wajah TPM pada masa pmerintahan Tun Abdullah dalam TV dengan mengistiharkan Kerajaan Perak telah digulingkan dan BN kembali bertahta.
Selepas itu para penyokong kerajaan Perak asal keluar membantah keputusan itu yang juga diperkenan oleh Sultan Perak, lalu keluarlah isu ketidaktaatan terhadap isntitusi diraja dan Dr. Zamri dilantik sebagai MB Perak bagi BN.
Ia tidak terhenti sampai disitu kerana MB Pakatan Dato Sri Ir Nizar terus menjalankan tugas beliau sebagai MB di pejabatnya dan pada masa itu ramai wartawan mengerumuni beliau didalam pejabat MB setelah itu mereka diminta keluar oleh Setiausaha pejabat MB dan mereka semua akur termasuk Ir Nizar keluar.
Selain pejabat rumah dan kereta milik MB juga menjadi isu yang sama dimana Ir Nizar diminta meninggalah segala yang berkaitan dengan MB Perak.
Selepas beberapa minggu isu ini meletup, MB BN nak mengadakan sidand DUN Perak buat kali pertama untuk YB BN dengan enuh harapan untuk masuk dan menduduki kerusi MB tetapi malangnya kesemua YB BN di halau keluar oleh Speaker Pakatan iaitu Dato S. Siva Kumar.
Selepas itu tiada lai sidang DUN sehinggalah berlaku satu lagi sejarah demokrasi dan memerlukan kepakaran dalam perlembagaan dimana YB Pakatan ingin mengadakan sidang DUN tetapi ditahan untuk memasuki dewan sehinggalah berlakunnya Sidang DUN bawah pokok. Jika kita menggunakan fikiran kebiasaan ia agak pelik dan mungkin tak sah, tetapi kebanyakan pakar undang-undang mengatakan ianya sah walaupun ada yang mengatakan ia tak sah.
Mengapa berlakunya perselisihan pendangan ini? tak mungkin mereka menggunakan akal fikiran semata-mata tanpa merujuk kepada perlembagaan atau undang-undang tubuh negeri Perak. persoalannya disini ialah terpancar jawah isi kandungan undang-undang yang saling bertentangan antara satu sama lain dan membuktikan kelemahan akal manusia dalam mencari keadilan tanpa merujuk kepada undang-undang yang telah digariskan oleh Islam.
Selepas beberapa peristiwa berlaku seperti setiap PRU kecil dimenangi oleh Pakatan kecuali di Batang Air, sarawak dan Ir Nizar menang di Bukit Gantang, tindakan MB Pakatan itu seterusnya menyerahkan kes pengesahan MB Perak kepada mahkamah persekutuan.
Selepas beberapa bulan keputusan dibuat dengan jelan menyatakan YAB Ir Nizar adalah MB Perak yang sah tetapi selepas sehari memegang jawatan itu, satu surat rayuan ke mahkamah persekutuan oleh Dato' Dr Zamri dan YAB Dato' Sri Najib PM ke6 dan mahkamah memutuskan pekutusan tadi ditangguhkan.
Bagaimanakah akhirnya kerisis di Perak? mengapa perkara sebegi berlaku? adalah kerana pemimpin-pemimpinn politik ini kerakusan kuasa atau kekayaan? siapakah yangg berjiwa rakyant sebenarnya? siapakah yang betul-betul berniat untuk membela rakyat Perak? sama-samalah setiap kita menggunakan akal yang waras dan memilih sesiapa yang betul-betul bejiwa rakyat bukan hanya sekadar mencari populariti dan memutarbelitkan penglihatan rakyat.
.....Akhirnya Perak?
Reviewed by SyahiranMuhd
on
3:52 PM
Rating:
No comments:
Post a Comment