Kenapa Datang Lewat Solat Jumaat?

Solat Jumaat merupakan solat fardhu dalam hari Jumaat dan keberkatannya mampu memakbulkan doa di antara dua khutbah. Akan tetapi masih ramai lagi yang tidak menghayati keistimewaan Solat Fardhu Jumaat ini, sehinggakan ada yang datang lewat semasa khutbah, malah ada yang datang dekat-dekat solat.

Situasi diatas menggambarkan mentaliti umat Islam sekarang dalam menghayati semangat penyatuan umat didalam sebuah masjid sambil mendengar peringatan-peringatan yang disampaikan oleh khatib.


Sebelum mulanya Khutbah, berdirinya malaikat di pintu-pintu masuk untuk mencatat siapa yang datang dan mereka dikira termasuk dalam saff Jumaat hari itu.

Tetapi apabila Khatib berdiri diatas mimbar , maka para malaikat yang menjaga kehadiran jemaah-jemaah dimasjid pada hari itu, menutupkan buku rekodnya dan terus menumpukan kepada khutbah.

Tidak kiralah sesiapa mereka itu, Perdana Menteri, Menteri Besar,Sultan mahupunYDP Agong malah ketua apa-apa pun walaupaun mereka disanjung oleh masyarakat, jika mereka datang semasa khatib naik ke mimbar, maka tiadalah catatan untuk mereka sebagai ahli jemaah Solat Jumaat pada hari itu walaupaun solat jumaatnya sah.

Maka kepada sesiapun termasuk penulis, perkara kecil jangan diremehkan dan perkara besar dalam umat Islam juga jangan pula di tinggalkan.
Kenapa Datang Lewat Solat Jumaat? Kenapa Datang Lewat  Solat Jumaat? Reviewed by SyahiranMuhd on 4:27 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.