Konsep 1 Malaysia dan Perbahasan Mengenainya

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 selepas mengambil alih tampok pemerintahan negara,
dimana ia bertujuan untuk menyatakan bahawa semua bangsa tidak kira bumiputera atau
yang datang dizaman penjajahan dahulu.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka
sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar
dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi
bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Hasrat YAB Perdana Menteri ialah untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan
rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat selepas Pilihanraya Umum ke 12
(PRU12) yang lalu dimana Barisan Nasional (BN) kalah teruk hinggakan mengorbankan tiga
buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perak sebelum peralihan kuasa kembali kepada
BN dan tercalarnya imej UMNO dengan melularnya kes penyelewengan wang ataupun rasuah
dalam parti itu.

Konsep 1 Malaysia diperkenalkan untuk menambat kembali hati-hati pelbagai kaum untuk
pihak kerajaan membuktikan ketelusan mereka akan tanggungjawab kepada rakyat dengan
membawa slogan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

Selain itu, Konsep 1 Malaysia ini juga mewujudkan beberapa nilai-nilai murni ini diharap
dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada
satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1.Budaya kecemerlangan

2. Ketabahan

3. Rendah hati

4. Penerimaan

5. Kesetiaan

6. Meritokrasi

7. Pendidikan

8. Integriti


DEFINISI

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita
mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara
kita.

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera
asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada
golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian
lama”.

Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One
People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan
kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok
kepentingan etnik dan kaum.

Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa
mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membatas tindakan mereka kepada perkara-
perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum
yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.

Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua
kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan
negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala
keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.



KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep
1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep
dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan
tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.



HURAIAN 8 NILAI KONSEP 1 MALAYSIA

1. Budaya Kecemerlangan :

Budaya merupakan suatu perbuatan yang sudah menjadi kesebatian didalalam sesebuah
masyarakat. Mungkin ini yang di harapkan oleh YAB Perdana menteri dalam mencapai
matlamat perlu ada tahap-tahap atau persediaan untuk mencapai kecemerlangan atau
kejayaan.

Antara contoh pembudayaan kecemerlangan ini seperti ketepatan masa, dimana kita orang
melayu bila berjanji dengan mana-mana kaum sudah tahu akan ketepatan janjinya
sehinggakan timbulnya istilah “Janji Melayu” dan ini sudah menjadi kebiasaan kepada
masyakat kita pada masa kini walaupun ada yang cuba mengubah istilah ini. Jika Malaysia
dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap
produk yang datang dari Malaysia, setiap perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan
dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.

2. Nilai Ketabahan :

Dalam konsep ini YAB Perdana Menteri mengetengahkan nilai ketabahan. Tabah dengan
meksud yang mudah difahami ialah tidak mudah mengalah atau lemah dalam menghadapi
apa-apa cabaran atau krisis berserta sifat sabar dalam diri. Disini YAB Perdana Menteri
memberi contoh bahawa Malaysia telah mengalami pelbagai rintangan selama 51 tahun
memerintah seperti yang baru-baru ini krisis ekonomi selepas kejatuhan sistem ekonomi di
Amerika.

Begitu jugalah Malaysia sebagai sebuah negara, kita telah berhadapan dengan berbagai krisis
sebelum ini, sama ada krisis kewangan, menentang komunis atau berhadapan dengan waktu-
waktu bergolak di dalam sejarah kita. Namun pada setiap keadaan kita telah berjaya
mengharungi krisis tersebut dan menjadi lebih kuat sebagai sebuah negara.

Tetapi semua itu telah dicapai kerana kita telah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada permasalahan tersebut. Kita telah berkerja dengan gigih dan sentiasa menghadapi rintangan dengan ketabahan dan akhirnya membuktikan bahawa para pewaham kita adalah salah.

3. Nilai Rendah Hati :

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam konteks – contohnya
katakanlah jika anda seorang ahli politik. Dalam Islam, ia adalah konsep Tawaddu`, yakni
rendah hati. Sebagaimana yang anda ketahui di dalam masyarakat Melayu, seseorang itu tidak
boleh menunjuk-nunjuk. Contohnya, apabila anda keluar melakukan tugas sebagai seorang
ahli parlimen, anda mestilah boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat.

Dalam nilai ini merujuk kepada sifat seseorang yang berjawatan seperti mereka yang bergelar
Yang Berhormat (YB) atau wakil rakyat, yang perlu menyesuaikan diri dalam pelbagai
keadaan, seperti perbezaan situasi ketika berada di pejabat atau berurusan dengan pihak
kebamaan dengan berurusan dengan rakyat lebih-lebih lagi yang tinggal di kampung-
kampung.


4. Nilai Penerimaan

Dalam nilai ini, YAB Perdana Menteri menyatakan tentang penerimaan rakyat akan sesuatu
yang diberi oleh kerajaan. Rakyat hendaklah menerima apa-apa yang di beri oleh pihak
kerajaan dengan pemikiran terbuka, hal ini mungkin berkaitan dengan beberapa isu yang
berkiatan dengan demonstrasi jalanan seperti membantah kenaikan harga minyak, menuntut
supaya mansuhkan ISA dan juga menuntuk supaya PPSMI mansuhkan.

Penerimaan dari segi anda bersedia untuk menerima sebarang perkara. Jika anda sanggup
menerima sebarang perkara, anda mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka saya
rasa kapasiti anda untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik
berbanding toleransi semata-mata.7

5. Nilai Kesetiaan

Dalam nilai yang ke lima ini, YAB Perdana menteri cuba untuk menghuraikan maksud
kesetiaan sebenar,seperti rakyat hendaklah setia kepada pemimpin akan tetapi tahap kesetiaan
itu tidaklah keterlaluan hinggakan membuta tuli. Apa yang dimaksudkan disini ialah kesetiaan
kepada pemimpin itu ada tempat-tempatnya, jika segalah arahan yang diberikan itu berkaitan
dengan tugasnya atau pekerjanya, hendaklah mematuhinya selagi arahan itu tidak menyuruh
kepada kejahatan.


6. Nilai Meritokrasi

Meritokrasi bermaksud siapa cepat dia dapat dan meritokrasi ini menggambarkan siapa yang
kuat dialah yang kedepan dan siapa yang lemah di tinggalkan. Tetapi apa yang ingin
dimaksudkan oleh YAB Perdana Menteri ialah memberi motivasi kepada semua rakyat
bahawa jika inginkan sesuatu, berusahalah bersungguh-sungguh untuk capai matlamat itu
tidak kira status rakyat itu.

7. Nilai Pendidikan

Pendidikan ini dimasukkan kerana merupakan asas kepada semua perkara, kerana pendidikan
ini adalah proses penyampaian ilmu. Ilmu adalah asas yang amat penting kepada manusia
untuk menjalankan aktiviti seharian. YAB Perdana Menteri menekankan akan budaya
membaca kepada kakitangan kerajaan dan juga kepada masyarakat.

8. Nilai Intergriti

Intergriti bermaksud ketelusan tindakan seseorang akan suatu isu yang berlaku seperti jika
orang itu bersalah, tidak kiralah siapa mereka, salah tetap salah dan dijatuhkan hukuman yang
setimpal dengan perbuatannya sama dengan individu biasa yang lain. Jika anda telah
melakukan dengan baik, maklumkan polisi yang dilaksanakan adalah betul.

Jika polisitersebut tidak menjadi, maka anda sewajarnya berani untuk menjelaskan kepada mereka,begini…kita telah melakukan kesilapan tetapi kita merancang untuk melakukan lebih baik lagi, kita mahu memperbetulkan kesilapan ini. Nilai ini juga adalah untuk menambat kembali kepercayaan rakyat kepada pihak kerajaan selepas kejatuhan prestasi selepas PRU ke 12 sebelum ini.


KAITAN 1 MALAYSIA DENGAN NASIONALISME.

Daripada pengenalan konsep dan 8 nilai 1 Malaysia diatas boleh disimpulkan bahawa
1 Malaysia masih membawa semangat kebangsaan(Nasionalisme) kerana bermatlamatkan
ingin menyatukan semua kamu dinegara ini dan memberi penjelasan bahawa mereka ini tidak
kira bangsa Cina, India atau bangsa-bangsa lain di Sanbah dan Sarawak, adalah penduduk
malaysia, ini mengambarkan Dato’ Sri Najib Tun Razak ingin mengapuskan sifat keterlauan
dalam perkuaman.

KAITAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN ISLAM

Dalam Islam mengajar apabila menjadi pemimpin perlu meksanakan kepimpinan itu dengan
adil , bertanggungjawab dan melaksakan segala perintah Allah seperti apa yang telah
ditetapkan dalam undang-undang syara’ . Pemimpin Islam juga perlu sedar kerana setiap apa
yang telah dilaksanakan akan dipertanggungjawabkan sebagaimana sabda nabi SAW :
“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan di pertanggungjawabkan diatas
kepimpinan kamu.”

Dalam konsep 1 Malaysia ini YAB Perdana Menteri ingin mencari penyamarataan antara
semua kaum di Malaysia ini tanpa mengira kaum dan juga agama selagi tidak melanggar hak
bumiputra sebagaimana apa yang Perlembagaan Madinah dimana Rasulullah menetapkan hak
masing-masing tanpa mengira kabilah dan juga agama yang dianuti.

Selain itu, dalam konsep 1 Malaysia ini juga terdapat beberapa nilai yang juga dituntut oleh
Islam seperti budaya kecemerlangan, dimana dalam konsep ini memdidik masyarakat supaya
membudayakan kecemerlangan iaitu nilai kualiti setiap apa yang dilakukan. Seruan ini
sentiasa dilaung-laungkan setiap lima kali sehari dalam azan iaitu lafaz “ Marilah Menuju
Kejayaan.”

Sifat rendah diri atau tawadhu’ juga mengambarkan imej sebangai ummat Islam dimana
dalam konsep ini menerangkan akan sifat randah diri dimana ini akanmendidik masyarakat
supaya sentiasa mengelak daripada membanggakan diri bila mendapat sedikit ujian dari Allah
SWT.

Manakala nilai ketabahan juga bersangkupan dengan apa yang Islam ajar, kerana Allah SWT
sentiasa mengingatkan kepada hambanya sudaya bersabar sebagaimana dalam firmannya
dalam surah Ali-Imran ayat 200 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah serta lawanlah sabar, dan bersedialah serta berbaktilah kepada Allah supaya
kamu dapat kejayaan” .

Dalam ayat ini Allah SWT menyuruh hambanya supaya bersabar
dalam menghadai ujian atu halangan sepanjang melaksanakan perintah Allah iaitu
menjalankan kehidupan didunia ini dengan harmoni.

Nilai pendidikan dalam konsep 1 Malaysia ini menggambarkan peranan ilmu itu amat penting
dalam membentuk sesebuah masyarakat yang berkualiti kerana ilmu merupakan asas dalam
kehidupan atau panduan sebagaimana sabda nabi SAW: “ Menuntut Ilmu Fardhu (Wajib)
kepada setiap muslimin (lelaki) dan Muslimat(perempuan)”.

Akan tetapi sifat tertalu umum dalam 1 Malaysia ini juga pertu ditelitikan kerana konsep ini
menerangkan akan kesamarataan dalam semua aspek, apa yang boleh diberi contoh disini
nilai kesetiaan, dimana ia menerangkan akan ketaatsetiaan kepada pemimpin. Dalam Islam
mewajibkan kesetiaan kepada pemimpin tetapi hanya kepada pemimpin yang beragama
Islam selagi pemimpin itu melaksakan perintah Allah.

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 28 yang bermaksud ; “Janganlah orang-orang beriman itu mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin pemimpin dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan larangan yang sedemikan, maka tiadalah ia mendapat perlindungan dari Allah dalam sesuatu apa pun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakutu dari pihak mereka. Dan Allah memerintahkan supaya kamu beringat terhadap kekuasaan dirinya. Dan kepada Allah julah tempat kembali”


KESAN KONSEP 1 MALAYSIA TERHADAP MASYARAKAT

Ada beberapa kesan yang boleh di nyatakan disini apabila konsep ini di laksanakan dengan
jayanya serta mendapat persetujuan daripada semua pihak seperti parti-parti politik iaitu :-


1. Konsep ini mampu menyatupadukan rakyat dan menhapuskan sifat perkuaman serta
mengelak daripada membanggakan kaum masing-masing. Tiada lagi kaum yang akan
dipinggirkan dan segala hak-hak akan ditunaikan.


2. Konsep ini akan mendidik masyarakat sentiasa menilai setiap kualiti kerja mereka dan
akan melahirkan sebuah rakyat yang sentiasa melangkah kehadapan dan tidak mudah putus
asa dalam pelbagai aspek yang di ceburi serta tidak mudah leka didalam apa yang dicapai
kerana di serapkan nilai rendah hati yang menggambarkan seseorang yang memajukan diri
dan mengajak orang lain juga sepertinya.


3. Konsep ini juga akan melahirkan sebuah masyarakat yang berilmu kerana
mementingkan pendidikan dimana dalam nilai ini mengajak untuk membudayakan ilmu
seperti minat dalam pembacaan dan penulisan


4. Jika dilaksanakan konsep ini juga akan menjadikan negara ini sebagai contoh sebuah
negara yang aman kerana setiap yang salah akan dihukum dengan hukuman yang setimpal
dan sama rata dengan merasakan tanggungjawab semua pihak.

5. Dengan Konsep 1 Malaysia ini juga akan mengembalikan kepercayaan kepada
kerajaan yang ada sekarang walaupun mungkan akan memakan masa yang agaka lama
selepas melepasi beberasi pilihan raya umum, untuk rakyat menilai kembali prestasi kerajaan
kerana bimbang peristiwa yang lalu berulang kembali sebagaimana kisah parti UMNO yang
telah diharamkan suatu ketika dahulu kerana krisis dalaman parti


PANDANGAN PARTI PAKATAN RAKYAT

Telah melihat dimana gagasan 1Malaysia ini telah dilancarkan dengan jayanya, tetapi apakah pandangan parti-parti Pakatan Rayat dalam memberi pandangan kepada gagasan ini. Pandangan Dato’ Sri Anwar Ibrahim yang merupakan mantan timbalan perdana menteri dan juga sebagai ketua pembangkang dalam perlimen berpendapat konsep 1Malaysia itu mirip kepada “Malaysian Malaysia” yang dituntut DAP sekian lama tetapi diserang Umno sebagai perkauman Cina. Akhirnya pimpinan Umno sekonyong-konyong melutut kapada tuntutan
perkauman.

Ini berbeza dengan gagasan kita (Pakatan Rakyat) yang merangka Agenda Ekonomi Malaysia
yang menjurus kapada kepentingan rakyat terbanyak, termasuk kaum majoriti Melayu-
Bumiputera terpinggir dan miskin atau Cina dan India lainnya.


Manakala pandangan daripada Parti Islam Se-Malaysia melalui Ketua Penerangannya, Ustaz
Idris Ahmad berpandangan Apabila baca formula 1Malaysia yang dibentang oleh Datuk Seri
Najib Tun Razak di parlimen 15hb Jun 2009 , maka rumusan yang boleh dibuat ini adalah
idea lapok yang tidak ada penyegaran semula atau idea yang baru.

Kalau tengok dalam media macam hendak runtuh dunia ini, seperti yang dilaungkan oleh pengampu-pengampu Umno, bahawa ini adalah idea yang berinovasi dan kreatif dari pemimpin baru negara . Dua aspek utama dalam 1 Malaysia, iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi.

Dimana beliau melihat biarpun gagasan ini sudah dilaksanakan namun masih terdapat
perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku jika dirujuk objektif pelaksanaan konsep ini
seperti soal pembaharuan dalam memerangi rasuah, isu di Perak dimana beliau mengatakan
cara peralihat kuasa itu kembali kepada Barisan Nasional adalah tidak adil dan zalim dan juga
isu kehakiman.


PANDANGAN TUN DR. MAHATHIR

Mengikut pandangan mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 dimana beliaujuga berpendapat
bahawa konsep 1Malaysia ini tiada bezanya dengan Slogan “Malaysian Malaysia” yang
dilaungkan oleh DAP dan beliau melahirkan rasa kebimbangan jika 1Malaysia ini digunakan
hanya untuk menarik kaum bukan bumiputra dan akan merugikan kita.




PANDANGAN NGO-NGO ISLAM

Selain parti-parti poltik, konsep 1Malaysia ini juga mendapat respon daripada beberapa badan
bukan kerajaan (NGO) dalam berpandangan dalam konsep ini.

Berkata Presiden Maijlis Amal Islami (MAIM) yang merupakan gabungan kepada NGO-NGO Islam di Malaysia berpandngan, teras kepada acuan budaya, cara hidup dan tamadun negara ini ialah acuan kemelayuan dan keislaman. Konsep 1 Malaysia yang dikemukakan tidak boleh lari daripada persetujuan dalam kontrak sosial yang dipersetujui dan dimeterai dalam Perlembagaan Negara.





Selain itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) juga turut member pandangan melalui presidennya Dr. Razak Idris, beliau berpendapat 1 Malaysia akan diterima jika memainkan perana dalam membentuk budaya, ekonomi, pendidikan dengan lebih baik dan diterima masyarakat serta tidak menyentuk soal keagamaan lebih lagi ISLAM. Tetapi masa sekarang ini masih tiada apa-apa kesan daripada usaha gagasan ini.



Suara pelajar juga turut kedengaran dalam memberi pandangan dalam perlaksaan konsep
1Malaysia ini iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melalui
Presidennya Saudara Faizal Abdul Aziz yang menggariskan tiga perkara iaitu:-


1- Islam menjadi teras keagamaan
2- Perpaduan malyu asas perpaduan nasional
3- Intergriti pemangkin kebolehan gerakan teras kenegaraan


KESIMPULAN

Konsep ini masih memerlukan banyak penelitian walaupaun kebanykannya merupakan
pendekatan yang baik namun jika tersilap cara akan mengundang pelnagai masaalah dan juga
tersalah tafsiran oleh pelbagai pihak. Oleh itu, kajian serta keperincian dalam konsep ini perlu
diteruskan dalam menilai keberkesanan kossep ini kearah membentuk sebuah masyarakat
yang harmoni, berakhlak mulia, maju kehadapan, suka akan cabaran dan minat dalam
menimba ilmu.

Selain itu juga nilai-nilai Islam perlu diperbanyakkan lagi dalam memberi gambaran akan
imej sebenar Islam yang harmoni dan indah dari segala aspek dan tidak perlu bimbang akan
penerimaan kaum bukan Islam kerana mereka juga menyokong akan perkara-perkara yang
memberi manfaat kepada kaum mereka seperti keadilan, keamanan dan ketelusan pemimpin
dalam memberi sepenuh perhatian kepada rakyatnya.




RUJUKAN :

1. Disediakan Oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara. 2009. 1 Malaysia

2. Laman blog YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak. 2009. http://www.1malaysia.com.my/

3. Laman blog Dato’ Sri Anwar Ibrahim. 2009. http://anwaribrahimblog.com/

4. Ustaz Idris Ahmad. 2009. www.pas.org.my

5. Laman blog Dato’ Nakhaie Ahmad. 2009. http://nakhaie.wordpress.com/

6. Al-Quran. Surah AliImran. 76: 200

7. Al-Quran. Surah AliImran. 53: 28

8. Temubual bersama Dr. Razak Idris. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia. 28 Ogos 2009. Jam 9.00malam

9. Temubual bersama Saudara Mohd Faisal Abd. Aziz. Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). 12 Ogos 2009. Jam 2.00 petang


Konsep 1 Malaysia dan Perbahasan Mengenainya Konsep 1 Malaysia dan Perbahasan Mengenainya Reviewed by SyahiranMuhd on 9:30 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.