Perutusan Suara Muda Sempena Aidifitri

Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

Alhamdulillah, pertama dan selamanya, marilah sama-sama kita mengucap sykur kepada Allah s.w.t kerana masih memberi hidayat kepada kita semua dalam terus mempercayai bahawa Islam adalah suatu agama yang merrangkumi seluruh kehidupan dan sykur juga kepada illahi kerana pada tahun ini kita diberi keizinan untuk melaksanakan ibadat selama sebulan dalam madrasah Ramadhan.

Ucapan tahian kepada kita semua kerana telah Berjaya mengharugi disiplin dan pembelajaran sepanjang berada didalam madrasah Ramadhan tahun ini dan soal keberkesanan dan praktikal daripada hasil pembelajaran tersebut, terpulang kepada kita semua bagaimana anda melaksanakan ibadah dan juga menjaga disiplin didalam bulan yang mulia tersebut.


Tanda syukur juga dipanjatkan kehadrat illahi kerana selepas sebulan menjalakan ibadah, diberi pula nikmat dalam bulan Syawal yang disebut sebagai Hari Raya Aidilfitri. Sebagaimana maksud firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat ke 185 : “ Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (di bulan Ramadhan ) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (bila berhari raya) kerana Allah berikan hidayat kepada kamu”.

Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu “bonus” daripada Allah SWT keatas mereka yang melaksanakan ibadah dibulan Ramadhan, dimana kita menahan daripada memakan harta banda sendiri serta anggotan badan dari melakukan perkara yang melanggar agama Islam. Bila tiba dihari raya, kita dibenarkan makan, minum serta berseronok dengan rakan,teman dan sanak-saudara. Ini merukan nikmat yang tidak dirasai oleh mereka yang tidak melaksanakan syarat-syarat dalam bulan Ramadhan.

Di Hari Raya Aidilfitri juga merupakan hari yang mengembalikan kita kepada fitrah asal manusia, yang sukakan kecantikan, kebersihan, tolong-menolong serta cintakan kedamaian dan persudaraan. Inilah yang ditekankan oleh Islam yang melihat umat Islam pada hari ini melakukan perkara yang bertentangan dengan fitrah khas nya ajaran Islam. Mereka berpecah belah, dengan menubuhkan kumpulan masing-masing yang saling bersaing untuk mendapatkan nama dihati masyarakat ataupaun untuk mengangkat mazhab masing-masing.

Generasi muda, perlu mengambil peluang di Aidilfitri ini dalam memangkin penyatuan umat Islam bermula kita di alam Melayu ini mempersatukan kembali seluruh kita orang Melayu yang beragama Islam. Dengan izin Allah jika ia terlaksana, ia akan berakar keseluruh dunia dengan menyatukan seluruh Umat Islam yang masih berpegang dengan Dua Kalimah Syahadat.

Akhir sekali, dalam berseronok di Hari Raya Aidilfitri ini, jangan kita melanggar batasan serta garis panduan yang telah termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah. Rasulullah selalu membacakan dua surah di dalam Solat Sunat idil Fitri iaitu surah Qaaf dan Qamar, dimana kedua-dua surah ini merupakan gambaran dihari Qiamat dan sekaligus ia membawa erti segala nikmat didunia ini pasti akan dipersoal dan akan dikenakan balasan.

Saya mewakili pimpinan serta seluruh warga Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri amnya kepada seluruh umat Islam tidak kita dimana anda berada dan khasnya kepada sahabat-sahabat pelajar Islam tidak kita diperingkat rendah, menengah mahupun yang bergelar mahasiswa di dalam serta di lura negara seluruh anak Kelantan yang berada diperantauan… Salam Aidilfitri….

Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

Perutusan Suara Muda Sempena Aidifitri Perutusan Suara Muda Sempena Aidifitri Reviewed by SyahiranMuhd on 11:14 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.