Lagi-lagi kawan aku kawin he..he..


Alhamdulillah akhirnya terijab kabul juga kedua mempelai ini dan pada hari raya keenam beliau menjemput aku kerumahnya. Beliau yang dimaksudkan Aisy Anawari yang baru sahaja bergelar pengantin baru atau raja sehari dan ape-ape lagi lah gelaran.

Aisy ni sahabat seperjuangan dalam Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) dan banyak membantu dalam menjaga tarbiah adik-adik di Pusat Asasi UIA Petaling Jaya.
Orang nya hebat kerana berjaya menjadi seorang "engineer" lepasan UIA.

Pada hari raya keenam aku bersama seorang lagi teman PPIK iaitu saudara Zul Amin mengunjunginya disebelah petangnya. Kebetulan masa sampai tu ingtakan beliau yang menyambut tetamu, tetapi duk bergambar dalam bilik ceh.. he..he.. nasib baik lah bertemu dengan Abg Asyraf Wajdi yang merupakan mantan Presiden PKPIM yang juga abg iparnya... fuh hebat..

lepas makan-makan dan berbual-bual dengan abg asyraf, barulah aku ke dalam rumah dan sengaja menganggunya, dengan ucapan tanhiah serta doa kami pun bergambar sebagaimana gambar diatas he..he..

Aku doa kan mereka berdua berbahagia buat selamanya-lamanya dan dipermudahkan segala urusan...Amin....

Lagi-lagi kawan aku kawin he..he.. Lagi-lagi kawan aku kawin he..he.. Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 4:33 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.