Menyertai Program PEPIAT dan UNIW



Pada 22 mei 2010 meruapakan hujung minggu, tidak kusangka dalam masa tiga hari saya seudah mendapat satu pengalaman yang amat istimewa dimana saya terlibat sama dalam program pengantarabangsaan iaitu Kongress UNIW ( Union of NGO in The Islamic World) dan juga Konvensyen Persatuan Pelajar Islam Asia Tanggara (PEPIAT).


Selepas menghadiri mesyuarat agung Briged Bakti Malaysia di Kolej Darul Hikmah, aku bersama teman, iaitu Sdr. Muizuddin(ABIM Melaka) menghadiri majlis makan malam UNIW & PEPIAT yang juga diadakan di tempat yang sama.





UNIW merupakan sebuah bagan NGO Islam Dunia yang ditubuh kan di Turki dan juga berpusat di Turki. Sebanyak 40 buah negara Islam yang menjadi ahli gabungan dalam UNIW dan kebanykaannya ialah daripada Turki. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.theunity.org.

Pada keesokkan harinya iaitu 23 Mei saya bersama teman-teman PKPIM ke satu sidang yang bertajuk Keperintahan Di Dalam Dunia Islam ( Governance In The Islamic World) dimana dalam sidang ini ada 5 sesi, antra pembentangnya, Dato' Sri Anwar Ibrahim, YB Ust. Nasharuddin Mat Isa, timb Presiden PAS, Dato' Dr Siddiq Fadzil Presiden WADAH, Prof. Dr Kamal Hassan, IIUM, Erhan Erken, Turkey University, wakil dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS) iaitu Ahli Parlimen Archeh dan ramai lagi.












Pada Sebelah malam pula saya bersama teman dari KUIS iaitu Nuaim dan Nasrul Izad ke SUK Kerajaan Selangor untuk mentertai pertemuan PEPIAT di bilik mesyauarat dengan Anwar Ibrahim dan turut serta MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Mustafa Kamil Ayub dan YB Amir. Kemudian DSAI bersama pula dengan mahasiswa yang lain di dewan persidangan tingkat 2.





Pada hari Isnin iaitu 23 mei 2010, saya ke Hotel Equatorial untuk menghadiri Konvensyen PEPIAT di mana aku anatara salah seorang jawatankuasa di situ bahagian teknikal. PEPIAT adalah sebuah gabungan pelajar daripada sekitar asia tenggara dan pada peringkat awalnya di anggotai oleh 3badan pelajar iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Himpunan Mahasiswa Islam Indonesia (HMI) dan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII). Alhamdulillah PEPIAT sudah berkembang ke Thailand dan Singapura.


Hasil daripada persidangan tersebut, PKPIM diberi mandat untuk mengetuai PEPIAT bagi sesi 2010-2012 yang diwakili Presidennya iaitu kakanda Faisal Abdul Aziz.

Program sebelah malam dan hari selasa, saya tidak dapat sertai kerana terpaksa ke kampus untuk menyelesaikan beberapa urusan dalaman. Walaubagaimanapun saya cukup berterima kasih kepada saudara Abu Qasim yang juga Naib Presiden PKPIM Antarabangsa kerana sudi menjemput saya untuk sama-sama didalam program ini. Bayak pengalaman baru yang saya dapat lebih-lebih lagi berkenalan dengan teman dari Selatan Thai dimana saya sudah lama untuk mencari orang yang boleh membantu.


Foto : Kamera 2.0MP Nokia 2730 classic je. he2 :)
Menyertai Program PEPIAT dan UNIW Menyertai Program PEPIAT dan UNIW Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 10:28 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.