Meyertai Program Pemimpin Belia Berkaliber


Program Pemimpin Belia Berkaliber adalah satu program penjanaan kepimpinan anjuran Majlis Belia Kelantan (MBK) bersama Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan(JBSNK), iaitu pada 28-30 Mei 2010 bertempat di Sutera Inn Primer, Kota Bharu.

Saya pada awalnya pulang ke kampung halaman untuk program "TOT" fesilitator Perkampungan Menara Gading (PMG) Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) terpaksa bertukar haluan ke program belia dan menggantikan Abg Afzan diatas dasar keperluan peranan di anatra dua program tersebut.

Saya mewakili ABIM Kelantan bersama Yang Di Pertua iaitu Ust. Faisal yang juga sebagai YDP Majlis Belia Kelantan dan teman-teman exco yang lain menjadi peserta dalam program tersebut.

Jumlah peserta yang hadir mengikuti program tersebut adalah seramai 68 orang mewakili pelbagai persatuan dan pertubuhan belia yang bergabung di bawah Majlis Belia Kelantan. Program yang dikendalikan sepenuhnya oleh Synergy Active Tranning telah berjaya mengadaptasikan modul-modul baru kepada para peserta disamping mengasuh dan mendidik minda dan daya intelek agar lebih peka terhadap kemahiran dan ketrampilan diri sebagai pemimpin belia pelapis.

Sesi perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPP), En. Mahktar B. Mustapha manakala mewakili Pengarah JBS NK, Che Mahtar B. Hj. Othman terdahulu telah menerangkan resional program ini diwujudkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.


Masuk Akhbar oo.. lam gambar, aku buat 1(jari kelingking) malaysia he2

turut tersiar di http://abimkelantan.blogspot.com
Meyertai Program Pemimpin Belia Berkaliber Meyertai Program Pemimpin Belia Berkaliber Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 10:38 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.