Majlis Iftar Belia Bersama Kerajaan negeri Kelantan

Pada 8 ogos 2011 bersamaan 8 Ramadhan 1432 H, saya telah di jemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama Urusetia Pembangunan Belia, Sukan & NGO,Kerajaan negeri kelantan bertempat di Restoran Syam, Jalan Hospital, Kota Bharu.

Majlis iftar ini dihadiri oleh pimpinan belia negeri Kelantan dan saya mewakili Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) bersama rakan-rakan iaitu YDP, Abdullah & PSU, Sdr. Faris. Program di mula kan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh seorang kanak-kanak yang cacat penglihatan dan diteruskan dengan Tazkiran daripada pegawai Pusat Islam USM Kubang Kerian.

Kemudian ucapan perasmian oleh YB. Abdul Fatah Bin Mahmood, Exco Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO.






Majlis Iftar Belia Bersama Kerajaan negeri Kelantan Majlis Iftar Belia Bersama Kerajaan negeri Kelantan Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 11:05 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.