KENYAATAAN MEDIA PPIK BERHUBUNG ISU PERLAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN


Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) merujuk kepada  hasrat kerajaan Negeri Kelantan yang ingin melaksanakan sistem berteraskan Hudud di Kelantan adalah suatu langkah yang baik dan pihak kami mewakili suara pelajar-Mahasiswa Islam di Kelantan menyambut baik hasrat tersebut.

Hudud merupakan perlaksanaan Hudud merupakan satu tuntutan syariat dan aqidah bagi umat Islam. Perintah perlaksanaan Hudud adalah bersifat qati’e atau mutlak iaitu kewajipan yang mesti dilaksanakan  yang harus diterima oleh umat Islam negeri ini.

Pihak kami yakin Hudud boleh di laksanakan di Kelantan atas sebab majoriti masyarakat di negeri ini adalah beragama Islam dan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukuman Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 hanya tinggal untuk digerakkan sahaja dengan kelulusan kerajaan pusat.

Namun demikian pendidikan serta penerangan mengenai Hudud harus dibuat secara kosisten kepada masyarakat terutama kepada yang bukan Islam, agar masyarakat dapat menerima perlaksanaan ini dengan berteraskan ilmiyyah, bukan sekadar sokongan politik semata-mata.

PPIK mengecam tindakan pihak yang mempoltikkan isu Hudud ini demi kepentingan politik mereka dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menggambarkan hukuman ini zalim dan tidak adil yang turut dimomokkan kepada orang bukan Islam. Sedangkan perlaksanaan Hudud ini hanya melibatkan orang Islam dan yang bukan Islam boleh diberikan alternatif lain, sebagaimana kisah pasangan orang Yahudi yang telah berzina dihadapkan kepada Rasulullah SAW dan baginda merujuk kepada kitab mereka iaitu Taurat dan didapati dalam kita itu juga menyatakan hukuman bagi penzina adalah rejam. Ini adalah kenyataan atau gambaran perlaksaan Hudud kepada bukan Islam dan pihak kami amat kesal dengan orang Islam yang lebih mementingkan kedudukan politiknya dengan memburuk-burukan agamanya sendiri.

Pihak kami juga yakin bahawa perlaksaan Hudud ini menjadi satu pendekatan baru dalam menangani kes-kes dan gejala sosial yang berlaku diKelantan. Ini boleh dijadikan kajian (Eksperimen) bagi membuktikan sejauh mana kesan perlaksaan hukuman ini yang akan dirujuk oleh negeri-negeri lain dan seterusnya keperingkat negara.

Akhir sekali pihak kami menegaskan bahawa Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan keIslaman dan pendidikan serta mewakili suara pelajar-Mahasiswa di Kelantan yang  tidak mempunyai pertalian dengan mana-mana parti Politik, mendesak agar pihak kerajaan pusat  yang diterajui YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Bin Tun Razak agama membenarkan Hudud ini di laksanakan di Negeri Kelantan.

Kota Bharu, 11 Oktober 2011/12 Zulkaedah 1432H.

Sekian,
“HIDUP BIAR BERJASA”

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Timbalan Yang Dipertua
Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
syah5487@gmail.com
http://badrulhaq.blogspot.com

PUSAT KEGIATAN PELAJAR,
Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
2864-A,Tkt3, Wisma Al-Hikmah, Tanjong Mas,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

Tel: 609-771 4373 / 4371
Fax: 609-771 4372

Emel : ppik.kelantan@gmail.com
Laman sosial: www.facebook.com/pelajarkelantan
Laman Web : www.ppik-kelantan.blogspot.com
KENYAATAAN MEDIA PPIK BERHUBUNG ISU PERLAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN KENYAATAAN MEDIA PPIK BERHUBUNG ISU PERLAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 7:53 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.