PRU-13, Malaysia


Pada 5 mei 2013 maka terjawablah persoalan rakyat tentang episod  kesinambungan pentadbiran di Malaysia dimana Parti Barisan Nasional berjaya mendapat 2/3 mojoriti sebagai syarat untuk mentadbir negara.

Apa yang menarik dalam PRU ke 13 kali ini ialah peningkatan kekuatan parti lawan iaitu Pakatan Rakyat yang merupakan ikatan antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) & Parti Bertindak Demokrasi (DAP) dengan penambahan sokongan dari kaum Cina.
Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:
1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:
Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.
DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut
Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.
Pada 6mei iaitu kessokan harinya selepas PRU-13 hanya dua buah negeri yang mengangkat sumpah secara rasmi sebagai kerajaan dihadapan Sultan negeri masing-masing iaitu Kelantan & Kedah manakala keesokan harinya iaitu 7 mei diikuti Negeri Pulau Pinang, Melaka, Perlis & Perak.

Apa yang terjadi dengan negeri-negeri lain? Mengikut maklumat dari Jentera Pilihanraya PAS Terengganu, Sultan Terengganu enggan perkenan penyandang Menteri Besar sebelumni iaitu Dato' Ahmad Said dan juga pergolakkan dalam UMNO Terengganu sendiri. Ini kerana  Sultan Terengganu mengambil bacaan awal dimana Terengganu dimenangi oleh PAS & Pakatan Rakyat dan dikatakan semasa pengiraan undi, tiba-tiba berlaku "Blackout" dan pengiraan di mulakan semula dalam keadaan gelap yang disuluh dengan lampu dari jentera kaborator.

Di Selangor pula yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat telah membuat kenyataan media didalam TV3 dimana mereka akan mengumukan seminggu kemudian kerana pada kali ini kerusi PAS lebih satu kerusi dari PKR yang menjadi Menteri Besar sebelum ni. Namun seharusnya tidak timbul penukaran Menteri Besar dalam satu kesepakatan parti, patut di teruskan dengan Menteri Besar Sebelum ini.

Di Kelantan pula, Menteri Besar yang ama berpengaruh iaitu Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengambil keputusan untuk tidak meneruskan jawatan beliau sebagai Menteri Besar dan ia telah di mendatkan kepada Timbalannya iaitu Dato' Ahmad Yaakob, ADUN Pasir Pekan.

Kemudian timbul isu Dato' Hj, Husam Musa tidak di latik semula sebagai anggota Exco kerajaan Kelantan yang telah berkhidmat sebagai exco selama 3penggal. Ramai rakyat & penykong beliau mempersoalkan isu ini dan ia menunjukkan Dato' Husam adalah pemimpin berpengaruh yang tidak mungkin tidak di biarkan begitu sahaja tanpa melekkan beliau di posisi yang penting.

Gerbang baru pentadbiran kerajaan Malaysia sudah dibuka, dan kita sama-sama lihat corak yang bakal berlaku disepanjang jalan PRU-13  sehingga PRU-14, adakah ia membawa perubahan ketara seperti sebelum PRU-13 iaitu kebanghkitan rakyat dengan menuntut pelbagai isu, semoga Malaysia akan temui sinar...
 pakatan-rakyat-leaders-pix Pakatan_rakyat_logo_dan_bendera385805_358504170917185_534229099_n angkat sumpah kelantan 308581_10201038000251240_191173190_n 164668_10200880686721759_1021027597_n
PRU-13, Malaysia PRU-13, Malaysia Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 11:26 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.