KENYATAAN MEDIA 12/9/2014 PEMBIMBING PELAJAR ISLAM KELANTAN KEKESALAN MENGENAI ISU KEBOCORAN SOALAN DALAM SUBJEK UPSR.


Pihak Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) melahirkan rasa kekesalan berhubung  isu kebocoran soalan beberapa subjek dalam UPSR terutama Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang sedang hangat diperkatakan dalam media sosial mahupun arus perdana.

Pihak PPIK melihat, isu ini bukanlah perkara yang harus dipandang ringan, ini kerana ia melibatkan tahap intergriti atau amanah kepada mereka yang bertanggungjawab olehkerana  isu kebocoran ini bukanlah yang pertama kali berlaku.

Pihak PPIK bersama dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Membocorkan soalan peperiksaan awam adalah suatu tindakan khianat terhadap prinsip pendidikan dan perbuatan ini menyalahi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

Walaubagaimana pun, pihak PPIK menyambut baik pemohonan maaf daripada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri  yang juga merupakan Menteri Pendidikan dan menggesa  agar tidakan sewajarnya harus diambil kepada mereka yang terlibat.

Pihak PPIK memohon agar kejadian seumpama ini tidak lagi berulang  kerana pelajar-pelajar bukanlah bahan kajian atau permainan oleh mana-mana pihak.

Sekian, Terima Kasih,

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Presiden,
Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
KENYATAAN MEDIA 12/9/2014 PEMBIMBING PELAJAR ISLAM KELANTAN KEKESALAN MENGENAI ISU KEBOCORAN SOALAN DALAM SUBJEK UPSR. KENYATAAN MEDIA 12/9/2014 PEMBIMBING PELAJAR ISLAM KELANTAN KEKESALAN MENGENAI ISU KEBOCORAN SOALAN DALAM SUBJEK UPSR. Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 11:35 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.