PERGINYA SEORANG TOKOH PEMIMPIN DAN ULAMAK KELANTAN.


KENYATAAN MEDIA PEMBIMBING PELAJAR ISLAM KELANTAN (PPIK)
13/2/2015


Hari ini rakyat Malaysia terutama di Kelantan telah kehilangan seorang tokoh pemimpin yang telah berjasa dan mencorak negeri Kelantan dengan membawa pendekatan mengikut Syariat Islam sewaktu menerajui pentadbiran Kelantan dari tahun 1990.

Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Bin Hj. Nik Mat yang juga di kenali “Ayah Zid” adalah tokoh yang dikenali diseluruh Malaysia dan luar Negara. Beliau bukan hanya merupakan seorang tokoh pemimpin politik, tetapi lengkap sebagai tokoh Ulamak serta cendikiawan Islam yang boleh berinteraksi dengan pelbagai pihak.

Bagi Pihak PPIK, Tuan Guru bukan hanya sosok tubuh seorang individu sahaja, tetapi beliau adalah institusi yang menjadi rujukan semua pihak kerana punyai pemikiran yang bernas dalam pembangunan rakyat.

Perginya Tuan Guru, bukanlah suatu kehilangan selamanya tetapi jiwanya terus hidup jika apa yang ditinggalkan, apa yang dididik selama 23tahun ini terus menjadi budaya dalam masyarakat serta penerusan perjuangan oleh generasi terkini.


#‎MendidikUmmah‬

Wassalam,

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Presiden,
Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
PERGINYA SEORANG TOKOH PEMIMPIN DAN ULAMAK KELANTAN. PERGINYA SEORANG TOKOH PEMIMPIN DAN ULAMAK KELANTAN. Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 12:54 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.