Ke Sidang Meja Bulat Isu Kes Pembungan Bayi



Pada 17 April 2010, saya telah dijemput ke Sidang Meja Bulat Isu Kes Pembuangan Bayi anjuran Majlis Hal Ehwal Siswi (HEWI) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bertempat di Shafie Conference Room, Kulliyyah Ilmu Wahyu & Warisan Islam,
Universiti Islam Malaysia (UIAM), Gombak , Selangor.

Perbincangan itu dikendalikan oleh Naib Presiden HEWI PKPIM, Nor Akmariah Abdullah dengan ahli panel terdiri daripada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM, Sopian Ibrahim dan Pegawai Penyelidik Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS), Aminah Ismail.

Selain itu ialah Ketua Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fadhlina Siddiq dan Ahli Jawatankuasa Belia Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Maryam Aizuddin.

Kerjasama itu diadakan kerana mahasiswa ingin bersama-sama dengan kerajaan dan masyarakat untuk memastikan generasi muda Islam di negara ini bebas daripada gejala sosial menjelang 2020.

Saya yang juga amir PKPIM KUIS dibawah Kelab Ikatan Ilmuwan Muda (ILMUWAN) mewakili mahasiswa KUIS bagi memberi kerjasama dalam isu ini dan akan cuba memberi kesedaran kepada mahasiswa KUIS nanti.

Sidang ini berkahir pada jam 6.30 petang dan selepas makan dan solat saya terus bertolak pulang ke kampus.

rujukan:
http://majlishewi.blogspot.com/
http://www.utusan.com.my/
Ke Sidang Meja Bulat Isu Kes Pembungan Bayi Ke Sidang Meja Bulat Isu Kes Pembungan Bayi Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 2:13 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.