Peluru untuk Baju Merah


BANGKOK: Thailand mengetatkan kawalan keselamatan bagi menghadapi kumpulan antikerajaan sambil memberi amaran, anggota keselamatan akan menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata jika terpaksa.

Sepuluh hari selepas 25 orang terbunuh dan 800 cedera dalam cubaan gagal pihak berkuasa menyuraikan kumpulan Baju Merah itu, kerajaan berkata, mereka bertegas menamatkan protes itu yang kini masuk minggu keempat.

Bagaimanapun, tiada sebarang tarikh dinyatakan.

Berdepan dengan pendekatan keras dan kehadiran lebih ramai tentera di pusat komersial Bangkok, kumpulan Baju Merah membatalkan rancangan mereka berarak ke kawasan strategik di ibu negara Thailand itu.

Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan menguatkuasakan undang-undang tentera bagi mengekang pengaruh Baju Merah.

“Tentera akan menentukan sama ada undang-undang tentera perlu diisytiharkan atau tidak,” katanya.

Mengenai operasi menyuraikan penunjuk perasaan, Abhisit berkata, tentera akan memilih masa sesuai untuk bertindak.

“Pasukan keselamatan tidak leka dan mereka akan bertindak segera dengan sebaik mungkin.

“Kerajaan memang mahu melindungi penunjuk perasaan tetapi ia bukan tugas mudah kerana ada antara mereka memiliki senjata,” katanya. - AFP

http://www.hmetro.com.my/
Peluru untuk Baju Merah Peluru untuk Baju Merah Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 12:59 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.