XPDC Ke Gunung Stong Islamic Outreach ABIM Kelantan

Pada 28-31 Jun 2011, saya telah bersama-sama dalam XPDC ke Gunung Stong, Jeli Kelantan anjuran Islamic Outreach ABIM Kelantan dimana ia merupakan sebuah porjek untuk misi ke Gunung Kinabalu.

XPDC ke Gunung Stong adalah siri kedua selepas Gunung Tebu yang saya tak sempat nak sertai.

Peserta-peserta XPDC ini terdiri dari kalangan Pelajar IPT, Pelajar lepasan SPM dan juga sedang men duduki SPM.

Saya dan beberapa rakan iaitu Alami, Rosyikah dan Rosliza terpaksa bertolak awal dari rumah dan menginap di Pusat Dakwah IOA kerana takut tak ada kenderaan nak bertolak keesokknnya.

Peserta berkumpul di PULDOA seawal jam8pagi dan diberi taklimat oleh pengarah program dan penasihat program dan bertolak dalam jam 10 pagi dengan bas persiaran.

Kami tiba di Resort Gua Ikan dan peserta di bahagikan kumpulan manakala saya sebagai AJK (fasilitator) dalam kumpulan 3 yang kebanyakannya adik-adik dalam Briged Bakti.

Pada waktu petang semua peserta dan AJK dibawa masuk ke Gua Ikan & Gua Keris dan akhir sekali menyelusuri lubang kecik..fuh alhamdulillah saya lepas( makna nya saya ni kurus) :D

Kemudian kami kembali ke Kem untuk makan malam dengan masak sendiri menggunakan dapur atas gunung.

Untuk XPDC ke Gunung Stong ni, saya dah 3kali sampai, tetapi untuk XPDC kali ini saya telah dapat pengalaman baru iaitu mendaki di malam hari, berolak jam 1pagi dan tiba di Kem Gua Bogo pada jam 630pagi.

Semua peserta dan AJK berkhemah disitu selama sehari dan keesokkan harinya meneruskan XPDC ke puncak gunung. Untuk misi ke puncak ni, Alhamdulillah ringan skit beban kerana beg dan barang-barang dibawa ditinggal kan kat kem.

Misi ke puncak cukup singkat dan sekali lagi saya dapat sampai ke puncak Stong. Di puncak kami bergambar ramai-ramai .

Pada malam ke tiga kami bermalam di Kem Baha, disitu telah disediakan tapak khemah, surau ban punca air yang berdekatan.

Selepas bermalam di Kem Baha, dan keesokkan harinya peserta XPDC berkemas untuk turun ke kaki gunung. Alhamdulillah selamat sampai ke kaki gunung pada petang walaupun kaki sudah sakit sendi-sendinya.































XPDC Ke Gunung Stong Islamic Outreach ABIM Kelantan XPDC Ke Gunung Stong Islamic Outreach ABIM Kelantan Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 8:33 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.