Catitan di Muktamar ABIM Kelantan


Muktamar ABIM Kelantan telah berlansung dengan jayanya pada 11 Julai 2009 bertempat di Rumah Anak Yatim Puteri harapan (RPH), Taman Sabariah, Pengkalan Chepa, Kelantan yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Muhammad Bin Abdul Rahman Selaku Timbalan Pengarah Belia Dan Sukan Negeri Kelantan yang mewakili Pengrah Jabatan Belia dan Sukan Kelantan.

Dif-dif jemputan dan VIP disambut oleh perbarisan kawalan kehormat Pasukan Briged Bakti Kelantan itulah merupakan kelainan muktamar pada tahun ini yang menonjolkan salah satu pertubuhan beruniform yang ditubuhkan oleh ABIM Kelantan pada suatu ketika dahulu.

Aku ditugaskan untuk menjaga teknikal walaupun bersama Abg Afzan yang sudah seminggu berkampung di sekretariat ABIM Kelantan kebetulan pada masa ini aku cuti tengah semester selama seminggu.

Ucapan alu-aluan oleh Ust Faisal Abdullah yang merupakan YDP ABIM kelantan yang merungkai sedikit tentang tema muktamar iaitu
"Meneladani Qudwah,Membina Generasi" dimana ABIM Kelantan mengambil contoh tokoh Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah membebaskan kota constantinople sebagai icon dalam membina generasi belia di Kelantan.

Selepas itu ucaptama oleh Abg Yusri yang merupakan Presiden ABIM Pusat dimana di ABIm Pusat pula mendepankan tokoh Sultan Salahuddin Ayubi yang sedia maklum baginda telah membebas kan Palesti dari Kristian dan Yahudi.

Selepas itu di sesi kedua merupakan perbentangan oleh Abg Ju Fitri Joha sempana perlancaran Grup Generasi Al-Fateh yang akan menjadi pengerak dalam agenda pembinaan generasi berteraskan tokoh ini.

Dan sesi sidang muktamar yang membincangkan hal-hal organisasi dan halatujunya. Pada tahun ini ABIM Kelantan mengemukakan 5 muka baru dalam organisasi iaitu Ust Amin, Kak Syikin, Sdr.Bajili, Sdr. Hilmi dan termasuk aku yang ditaklifkan sebagai biro siswazah muda.

Aku berterimaksih kepada Al-Fadhil YDP kerana memberi kepercayaan untuk memikul amanah yang agak berat dimana ia lebih menumpukan kepada belia yang masih belajar seiring dengan tanggugjawab aku juga sebagai setiausaha Agung Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) yang merupakan wakil suara Mahasiswa dan pelajar diKelantan.

Harapan agar Allah swt memberi kekuatan pada diri ini untuk melaksanakan tugas dengan baik bersama bimbingan abg dan kakak bersama YDP sendiri... insya' Allah.

utuk maklumta lanjut sila klik sini

Beginilah keadaan sekretariat ABIM kelantan
semasa proses persiapan bahan multimedia







yg dk dtgh bukn speaker tetap ek

bergambar besama exco2 yg baru bersama presiden dan pgrusi GPTD

(Dari Kiri) Aku, Abah Zahidin, Abg Yusri, Abg Ju Fitri dan Zul Amin
Catitan di Muktamar ABIM Kelantan Catitan di Muktamar ABIM Kelantan Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 4:40 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.