Selamat Mengundi Rakyat DUN N.41 Manik Urai


Esok merupakan penentu kepada kedua belah pihak yang sudah lama berkempen bertungkus- lumus serta memberi pelbagai janji bagi menambat hati penduduk di DUN Manik Urai, Kuala Krai Kelantan.

Apa yang utama yang perlu diambil kira oleh penduduk ialah jaminan akan penduduk didalam DUN tersebut sentiasa terbela dan di beri perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab . Tidak kira daripada parti mana pun jika tiada kesedaran akan tanggungjawab sebagai YB rakyat akan di biarkan.

Tugas sebagai YB bukan sama dengan semasa dalam sesebuah parti, dimana tugas sebagai YB adalah mewakili suara rakyat ke peringkat atasan, kita boleh lihat budaya di berkempen di negara ini, kemudahan di bina, perhatian diberi, muka di tonjol kan dengan senyuman berpelukan bila bertemu dengan rakyat kampung hanya apabila sama berkempen sahaja, apabila sudah bergelar YB, segala perbuatan itu jarang dimanpakkan

harapkan kepada penduduk DUN Manik Urai, agar fikirlah dari segala sudut, bukan hanya memilih orang yang baiks sahaja tetapi melihat seluruh pribadi serta pucuk pangkalnya datang dari phak mana dan apakah pihak tersebut boleh menjadi jaminan kepada anda semua.

Kepada kedua pihak yang bakal menjadi YB, iaitu dari PAS Saudara Fauzi Abdullah dan dari BN (UMNO) Saudara Tuan Aziz Tuan Mat semoga berjaya dan bila sudah mendapat keputusan nanti janganlah lupakan kepada mereka yang telah penat-penat keluar dari rumah memilih anda sebagai pembela mereka.

Semoga esok semua penduduk keluar mengundi bagi memilih pemimpin masing-masing, kerana ianya wajib keatas setiap ummat Islam dalam memilih pemimpin mereka dan ucapan juga selamat bercuti umum kepada seluruh rakyat Kelantan
Selamat Mengundi Rakyat DUN N.41 Manik Urai Selamat Mengundi Rakyat DUN N.41 Manik Urai Reviewed by SyahiranMuhd on 6:50 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.