Kawan... Mawan...


Pemimpin terulung kita yakni Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda :" Sesungguhnya Orang Mukmin Itu bersaudara." Hadis ini menjadi kata-kata dan terperap dalam fikiran umat Islam, tetapi sejauhmanakah ia di hayati?

Sejak dahulu lagi umat Islam berpecah diatas kerana keegoan masing-masing tidak kira dengan mengagungkan kumpulan atau persatuan masing atau pun dengan secara individu.

Baginda juga pernah bersabda bahawa diakhir zaman ini, umat islam akan berpecah kepada banyak puak. Kita boleh lihat sekarang umat Islam memang sudah berpecah dan semakin berpecah sehingga sekarang dengan timbunya pelbagai ideologi.

Dan baginda menyambungkan hadisnya lagi dengan mengatakan hanya 1 sahaja jemaah yang akan memasuki syurga. Dari pada hadis itu, ramailah puak-puak Islam yang berpecah tadi mendakwa puak mereka lah yang dimaksudkan oleh baginda yang berada dalam kebenaran.

tetapi pokoknya mengapakan mereka ini tidak memandangkan hadis seperti diatas dimana semua umat Islam ini bersaudara dimana ia bermaksud setiap umat Islam itu mempunyai talian darah yang sama.

Ini bermakna tidak patut antara umat Islam itu saling benci membenci dan musuh bermusuhan malah yang lenih teruk ada yang sanggup bunuh membunuh antara satu sama lain.

Umat Islam di zaman kini patut bersama-sama menghayati pesanan baginda untuk kembali bersatu diatas nama Islam dan kembali gemilang seperti zaman kegemilangan Islam dahulu.

Kawan... Mawan... Kawan... Mawan... Reviewed by SyahiranMuhd on 4:10 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.