Pertahan kan Tok Guru.

Pelbagai isu yang dihadapi oleh Menteri Besar Kelantan, YAB. Dato’ Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Bin Hj. Nik Mat dan satu persatu dapat di atasi. Ini semua adalah berkat kesabaran dan keikhlasan beliau dalam terus memperjuangkan rakyat khasnye kerarah membentuk masyarakat yang mengamalkan ajaran Islam majhulnya.

Memang minyak terdapat di negeri Kelantan dimana ia berdekatan diantara Negara Thai dan Kelantan tetapi mengikut pengiraan adalah hak rakyat Kelantan. Selepas sekian lama dan Perdana Menteri bersilih ganti dengan meningglkan pelbagai alasan sehingglah naik PM yang baru yang membawa kearah perpaduan, barulah hak rakyat Kelantan di nayatakan, dimana petroleum itu milik rakyat Kelantan.

Pada mula nya ucapan terima kasih di ucap akan tetapi terpaksa menilai seketika lafaz itu kerana timbul beberapa persoalan yang agak panas sewaktu perbahasan didalam dewan Rakyat antara YB PR dan BN. Persoalan nya ialah mengapa nama wang Ihsan yang digunakan bukan Royalti.

Didalam akhbar Sinar Harian 1 Novem ber 2009, wartawan bertanyakan PM yang pada masa itu sedang menghadiri persidangan Ketua-ketua Negara Komenwelth. Beliau menyatakan bahawa mengapa isu nama ini timbul kerana Wang Ihsan dan Royalti adalah benda yang sama kerana nilai yang di beri kepada rakyat Kelantan adalah sama.

Lain pula kenyataan daripada orang yang terlibat dalam penubuhan Akta Petrolium Negara 1974, iaitu YB Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (KuLi) yang merupakan Ahli Palimen Gua Musang “seumur hidup”. Beliau menyatakan bahawa tiada istilah wang ihsan dalam perjanjian itu, yang ada ialah royalty kepada negeri yang mempunyai minyak. Katanya lagi, Istilah Wang Ihsan lebih kurang masudnya dengan meminta sedekah.

Sesudah sekian lama isu rakyat ini di manipulate oleh politik, Tuan Guru MB Kelantan menggunakan iktiar berikut dengan berdoa kepada Allah pencipta hati-hati manusia ini supaya dibukan kan hati mereka dan jika mereka tidak melaksanakan tugas dengan baik, maka diserahkan kepada janji-janji Allah terhadap hamba-hambanya sebegini.

Memang betul YAB Tuan Guru ada menyebut nama PM “kita” akan tetapi pihak media menyalah tafsirkan doa itu dan tidak menghuraikan secara keseluruh isi kandungan doa tersebut kerana YAB Tuan Guru bermaksud turunkanlah bala terhadap pimpinan Negara, Dato’ Sri Najib “Jika mereka tidak melaksakan tanggungjawab dengan sempurna”. Jika pihak berkenaan menjalankan tugas dengan baik, mengapa hendak marah sehinggakan berdemo di depan Kota Darun Naim oleh Jemaah pe entah yang dijamin mereka ini adalah ahli-ahli UMNO yang ingin menimbulkan kontroversi terhadap MB Kelantan.

YAB Tuan Guru idak perlu menarik balik doa itu ape tah lagi meminta maaf kerana tindakan beliau adalalah betul. Jika pihak UMNO nak marah, marah lah kepada “Bos mereka” kerana PM telah menyatakan Nik Aziz tidak perlu meminta maaf (Sinar Harian 1 November juga).

Terpulanglah kepada anda jika ingin melebelkan MB Kelantan dengan apa-apa pun, yang pasti ingatlah doa orang alim, lebih makbul daripada orang biasa tidak kira apakah title mereka. Terpulang kepada mereka jika ingin mengatakan YAB Tuan Guru dengan perkataan Hipokrit atau sesat kerana hanya tukang besi yang kenal besi yang baik dan janganlah menjadi buaya yang gagah dan beerkemampuan tetapi ditipu oleh kancil yang kecil tetapi mempunyai minda yang cerdik untuk membuat helah.

Rakyat Kelantan akan sentisa bersama MB Kelantan…..
Pertahan kan Tok Guru. Pertahan kan Tok Guru. Reviewed by SyahiranMuhd on 9:29 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.