Makan Malam WADAH- ABIM - PKPIM


Pada 6 Ogos 2010 sempena Ijtimak Harakiy WADAH, ABIM dan PKPIM telah di adakan Majlis Makan Malam Jemaah bertempat di Kelab Golf Resort, bangi.

Makan Makan ini merupakan salah satu acara dalam Majlis Ijtimak Harakiy selain seminar Maqasid Syariah pada keesokan harinya dan juga Muktamar Selari 3 generasi iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) yang diadakan pada hari berikutnya di Kolej Darul Himah kecuali PKPIM yang di adakan di German-Malaysian Institute (GMI) bangi dan PKNS bangi.

Dalam majlis ini juga turut mengundang YB Dato' Sri Anwar Ibrahim iaitu Ahli Parliman Permatang Pauh yang pernah menjadi Presiden PKPIM dan juga Presiden ABIM yang pada masa itu Al-Marhum Dato' Fadhil Noor adalah timbalan nya dan juga pernah memangku jawatan anwar sewaktu beliau di dalam penjara dalam isu demostrasi memaling.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Presiden WADAH yang juga pernah menjadi Presiden PKPIM dan juga ABIM pada suatu ketika. Kemudian ucapatama oleh Dato' Sri Anwar Ibrahim yang saya kagumi pada malam itu seakan-akan seorang akademisyen dan bukan ahli politik, dan itulah jelmaan beliau sewaktu menjadi aktivis ABIM- PKPIM dahulu.

Dalam majlis ini juga trut dijemput tokoh sasterawan negara iaitu Dato' A.Samad Said yang menyampaikan pusinya dan juga perasmian 3 buah buku baru termasuk koleksi ucapan dasar presiden-presiden ABIM terbitan WADAH-ABIM-PKPIM yang dirasmikan sendiri oleh Dato' Sri Anwar Ibrahim.



Aku dengan machonya berjalan dengan si fahmi (xmacho) lalala

Presiden ABIM sedang menandatangani VIP

Kehadiran DSAI

Berjalan diatas karpet merah ngeh2..^_^

Sempat gak bergambar dgn
"Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia" he2



ho2..^_^

Pak Samad

Perasmian Buku

Presiden PKPIM Abg Faisal dan
Prof.Madya Dr. Md Nur Manuty (Timb. WADAH/ Fellow Kanan Akademin KUIS)


Makan Malam WADAH- ABIM - PKPIM Makan Malam WADAH- ABIM - PKPIM Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 1:26 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.