Menghadiri Muktamar ABIM Kelantan




Pada pada 17 Julai 2010 bersamaa dengan 5 Sya'ban 1431 Hijrah, ABIM Kelantan menyambut hari raya nya iaitu perhimpunan agung tahunan atau juga di kenali sebagai Muktamar Sanawi bertempat di Rumah Anak-Anak Yatim Puteri Harapan, Taman Sabariah, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Muktamar pada kali ini di hadiri sendiri Presiden ABIM Kebangsaan iaitu Ust. Muhamad Razak Idris dan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan iaitu YBhg. Encik Md Sulji bin Zakaria yang disambut oleh kawalan kehormat Pasukan Beruniform Briged Bakti sekolah Agama Naim Lil Banat.

Tema muktamar pada tahun ini Garakan Ilmu Dan Bakti yang di gagaskan oleh Presiden sendiri dalam menjenamakan kembali ABIM di persada ummah sebagai sebuah gerakaan dakwah yang membawa imej Ilmuwan dan juga Kebajikan atau kemasyarakatan.

Dalam muktamar kali ini juga turut dilancarkan Taskforce Belia Bakti yang menggabungkan beberapa buah agensi dan institusi ABIM Kelantan iaitu ABIM sendiri, Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan(PPIK), Grup Penjeka Tamadun Dunia Sultan Muhammad Al-Fateh
(GPTD Al-Fateh), Alumni Pelajar Islam SRI AlHikmah (ASLAH), Pertubuhan Briged Bakti Malaysia Cawangan Kelantan (BBMCK) dan Islamic Outreach ABIM (IOA).

Pada sesi kali ini juga terdapat sedikit perubahan dalam saff pimpinan ABIM Kelantan dimana Setiuasaha negeri ditempat dalam biro Pembangunan Sosial iaitu Saudara Alami dan tempat nya digantikan dengan Sdr. Hafiz, saya masih dikekalkan sebagai ketua biro Siswazah seperti juga YDP iaitu Ust Faisal Abdullah, Timbalan En. Khairul Anuar Ibrahim dan Penolong SU iaitu En. Faizul Afzan dan beberapa muka baru iaitu En. Ramlan, Ust. Che Soh dan Sir Syafiq.


Persembahan Perbarisan Pasukan Briged Bakti



menyanyikan lagi Negaraku, Asma'ulHusma dan lagu ABIM


VIP : Ust Hassan (Pengerusi WADAH Kelantan), Pengarah JBS Kelantan, Presiden ABIM, & Ust Faisal

Muslimat


Ucapan YDP




Pelancaran Task Force Belia Bakti



Turut Hadiri YB ADUn Demit YB Ust Muhmad Mustafa Mantan YDP ABIM Kelantan ke 3




Persidangan Muktamar



Ucapan Penangguhan

A.Afzan mewakili ABIM Bachok


Ust Wan Chik Mewakili ABIM Peng Chepa

Abg Loh Mewakili ABIM Kota Bharu

Aku gak tidak lepas kan peluang he2 (Pewakili Persatuan Pelajar)

Mewakili Guru Taski


wakil ABIM Besut


Ust Mustaffa Muhammad wakil WADAH Kelantan


Saf Pimpinan Baru


turut memberi penghormatan kepada Abah (orang lama) untuk berucap



Kak Suhaidah Wakil IOA

Ayoh Haji mewakili Briged Bakti
Menghadiri Muktamar ABIM Kelantan Menghadiri Muktamar ABIM Kelantan Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 10:08 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.