Lebih Baik Dialog Daripada Debat


Diakhir-akhir ini pelbagai isu politik yang timbul seperti isu Negara perpaduan yang pada awalnya dicadangakn oleh YB Tuan Guru Dato’ Sri Abdul Hadi Awang, presiden PAS untuk menyatukan semua parti politk untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan juga perkauman sudah mencapai kata sepakat untuk tidak laksanakan oleh pihak Pakatan Rakyat.


Selepas itu YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat iaitu Menteri Besar Kelantan ingin mengajak YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk berdebat secara terbukan diatas isu pemuda bahagian dikelantan menfailkan saman kepada MB Kelantan itu kerana menyebarkan ajaran sesat dalam ceramahnya semasa berkempen di Manik Urai.

Akan tetapi, bagi saya MB Kelantan bukan menjemput YAB PM berdebat hanya tas dasar isu itu semata-mata tetapi untuk menyelesaikan pelbagai lagi isu yang berlaku didalam Negara pada hari ini yang berkaitan antara kedua parti itu.

Hasrat YAB MB Kelantan itu cukup baik bagi mencari titik penyelesaian segala permasalahan. Akan tetapi ia lebih berkesan jika debat di ubah kepada dialog atau forum, dimana kedua cara ini lebih kepada perbincangan dan juga mengutarakan pandangan atau pendapat masing-masing. Cara ini lebih berilmiah sesuai untuk kedua tokoh pemimpin terkemuka itu.

Olehyangdemikian, amat berpetutanlah jika kedua belah pihak parti lawan itu mecari titik penyelesaian dalam pelbagi isu yang berkaitan dan memilih cara yang terbaik untuk merealisasikan hasrat keduabelah pihat itu.

Lebih Baik Dialog Daripada Debat Lebih Baik Dialog Daripada Debat Reviewed by SyahiranMuhd on 8:54 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.