Wacana Ilmu Bersama Anwar Ibrahim di KUIS

Aku tidak tahu mimpi apa pihak KUIS menjemput Dato' Sri Anwar Ibrahim dalam wacana ilmu yang bertajuk Islam, Generasi Muda dan Perubahan, pada 23 Jun 2009,bertempat di Pusat Konvensyen KUIS (PKK) yang bermula pada jam 9 malam.

Bersyukur aku terasa kerana dapat juga bersama dalam wacana itu biar dapat tahu petang semasa handak ke kelas kebetulan pada hari tersebut hanya pada petang sahaja dan aku terlihat banner wacana ilamu anwar ibrahim, tertutup kepada pelajar KUIS sahaja.

Pelajar-pelajar yang hadir cukup ramai, pada mulanya aku anggap pelajar-pelajar hadir kerana terpaksa kerana ada yang hadir untuk markah usrah, tetapi aku salah kerana apabila Dato' Sri Anwar Ibrahim (DSAI) tiba, tepukan gemuruh dan laungan takbir oleh audion dimana ia membuktikan DSAI tidak salah tempat.

DSAI datang bersama YB nik nazmi, memulakan ucapan nya dengan menceritakan dimana hebatnya orang muda. Beliau melibatkan ayat Quran dari surah Al-kahfi yang menceritakan pemuda al-kahfi yang lari dari pemerintah yang kejam pada masa itu dan sembunyi daalam gua. DSAI memberitahu orang muda merupakan agen perubah dan mampu membuat keputusan seperti pemuda kahfi tadi yang membuat keputtusan untuk lari dari pemerintah yang zalim bukan tunduk menjadi lembu dicucuk hidung sahaja.

Beliau meneruskan pidatonya dengan memberi penekanan bahawa ilmu adalah asas segalanya tidak kira kita minat politik atau tidak, pengetahuan perlu didahulukan barulah tindakan kita tidak melulu dan tidak berpaksikan semangat semata-mata. disamping itu, DSAI mencadangkan mahasiswa perlu membaca buku karangan ibnu ghazali iaitu "dimana perlu kita bermula."(bahasa inggeris dan arab)

Ada beberapa Audion menanyakan soalan antaranya yang boleh aku nyatakan ialah islah yang dimaksudkan oleh DSAI ialah menegakkan yang asal iaitu sekarang penindasan dan kezaliman, perlu di tegakkan asal ialah keadilan dan kebebasan.

Ada juga yang bertanya tentang pandangan beliau tentang kerajaan perpaduan, beliau menjawab ia sudah diputuskan dalam mesyuarat pakatan rakyat yang dipengerusikan oleh beliau dan pakatan adalah pakatan.

Selain itu, ada juga yang bertanya apakah yang Pakatan Rakyat akan lakukan bila memerintah negara, beliau menjawab kembali kepada perlembagaan iaitu apakah peranan kita kepada rakyat adakah penindasan atau korupsi.

Ada juga yang bertanya kenapa diselangor tidak di realisasikan manifesto seperti pemberian percuma atau pemotongan harga yuran dikuis, sedangkan Selangor dibawah Pakatan yang menterinya KeADILan, beliau menjawab semua cukai yang dibayar terus ke Kerajaan pusat dan wang agihan bergantung kepada mereka hendak bagi berapa. Jadi beliau menceritakan tentang wang agihan yang diberikan kepada negeri-negeri dibawah pakatan rakyat yang jumlahnya sangat kecil berbanding dinegeri lain.

akhirnya DSAI menekankan lagi bahawa mahasiswa perlu menekankan kepada memperkasakan ilmu dan membudayakan ilmu. Inilah yang aku terasa sedikit kagum dengan beliau, biarpun seorang ahli politik malah pembangkang, tetapi tidak totok mebicarakan tentang plotik semata-mata akan tetapi memberi tahu akan akar kepada itu semua iaitu ilmu, jika tiada ilmu dan tidak menunjukkan kita tidak berilmu, segala tindaakan adalah kerana nafsu semata-mata.


*Gambar diatas hiasan sahaja..aku xda kemera dan telefon berkamera.

Wacana Ilmu Bersama Anwar Ibrahim di KUIS Wacana Ilmu Bersama Anwar Ibrahim di KUIS Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 4:42 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.