Penghargaan Pengarah KPIK10



Aku bersyukur kehadrat illahi kerana akhirnya pada 20 Jun 2009, berlangsung juga Konvensyen Pelajar Islam Kelantan ke-10(KPIK10) bertempat di Hotel MGU dimana aku diamanahkan menjadi pengarah.

Aku berterima kasih kepada teman-teman komiti (ahli jwatankuasa pengajur) kerana biarpun arahan yang diberi secara jarak jauh tetapi kerja serta apa-apa perkara boleh di lakukan dengan bimbingan YDP PPIK, abg.Afzan dan YDP ABIM Ust. Faisal.

KPIK 10 ini pada asalnya tercetus semasa aku masih dalam cutu semester, tetapi apabila terdapat pelbagai kekangan yang berlaku, tarikh terpaksa berubah dua kali dan tarikh terakhir yang ditetapkan ialah pada 20 Jun 2009 dimana pada tarikh ini adalah tarikh selepas cuti penggal pelajar sekolah.

tetapi tarikh tersebut cuti aku telah berakhir, selepas dibincang dengan kedua penasihat, aku sedia untuk memberi arahan secara jarak jauh dan memberi mandat pengarah kepada abg abdullah (a. Loh).

Biarpun pelbangai halangan yang berlaku,ada pihak tak bagi sokongan untuk melepaskan anak sekolah dibawah kelolaannya, sumbangan juga masih belum diluluskan biarpun sudah lama di bagi dan di "follow up" dan macam-macam lagi.

Aku tidak menyangka dengan keadaan yang sebengini, KPIK10 pada thun ini amat mendapat sambutan yang lar biasa, kerana surat jemputan di hantar tanpa sokongan Jabatan Pelajaran Kelantan kecuali sekolah dibawah yayaan Islam Kelantan (YIK).

KPIK10 pada tahun ini aku telah mengubah konsepnya dimana pada kali ini kami lebih menumpukan kepada pimpinan di peringkat sekolah menengah.

Dengan bertemakan Membina Keunggula Pelajar Muslim ini memlambangkan pembinaan kembali generasi pelajar Islam yang boleh berperanan di dalam pelbagai sektor sebagaimana tokoh-tokoh cendikiawan Islam dahulu.

Kami juga membawa icon Sultan Muhammad Al-Fatih sebagai panduan kerana baginda merupakan pemimpin yang komited dalam perjuangan agama, biarpun umur masuh muda tetapi boleh mempengaruhi tentera-tenteranya untuk terus berjuang dengan kata-kata yang ikhlas dan benar. Akhirnya beliau dapat menawan constantinople.

Dan bagi saya, semangat itu sudah meresap kepada teman-teman komiti KPIK10 2009 ini kerana biarpun pengarah nun jauh disana tetapi dengan berkat dan semangat ingin membina sebuah generasi Islam yang baru, akhirnya kita boleh malihat hasil keikhlasan dan semua... terima kasih.. :)

Akhir nya tidak jutaan penghargaan kepada Angkatan Belia Islam Malaysia Kelantan dan juga menaja Yayasan Pembangunan Ekonomi ISlam Malaysia (YaPEIM) dengan menghantar imbbalan Ketua Pengarah untuk merasmikan KPIK ini, kerana sudi membantu pihak kami dalam melahirkan kembali ummat kegemilangan islam silam.

untuk berita penuh sila klik : www.ppik-kelantan.blogspot.com








Penghargaan Pengarah KPIK10 Penghargaan Pengarah KPIK10 Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 4:43 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.