Dialog UMNO-PAS pendekatan yang matang


Didalam Harakah baru-baru ini tersiar berita tentang dialog diantara UMNO dan PAS dimana Presiden PAS YB Tuan Guru Dato' Sri Abdul Hadi Awang telah lama bersetuju untuk berdialog dengan UMNO dalam pelbagai isu dan yang paling pening ialah isu perlaksaan agama di Malaysia ini.

Manakala Mursyidul Am PAS iaitu YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat telak menyatakan pendirianya bahawa bersetuju untuk berdialog dengan UMNO yang dimulakan dengan isu pendekatan PAS dalam membawa daulah Islamiyyah dalam negara ini.

Isu ini alhamdulillah mendapan respon daripada Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun RAzak cume beliau meminta hal ini di nyatakan dengan lebih jelas untuk mengadakan dialog UMNO dan PAS.

Pendekatan dialog ini merupakan satu pendekatan yang baik dalam memulakan sesuatu permuafakatan daripada pendekatan debat yang agak keras.

Dengan dialog ini diharap pimpinan tertinggi dapat berlapang dada untuk duduk semeja bagi membincangkan masalah yang berlaku dalam negara baik ekonomi dan sosial.

Cadangan YAB Menteri Besar itu juga baik kerana dengan cara ini pihak UMNO dapat menjelaskan pendirian mereka akan pendekatan yang di bawa oleh PAS, daripada situlah barulah jelas dan PAS boleh menilai adalah parti ini releven atau tidak dalam smewujudkan sebuah negara Islam.

Pendekatan dialog ini bukan hanya untuk PAS dengan UMNO sahaja, malah ia sepatutnya diambil kira oleh kesemua parti yang ada dalam Malaysia ini seperti DAP, MAC,MIC, PKR,PRM, Sosialis, PPP dan lain-lain, agar setiap pihak dapat pendangan yang jelas daripada apa yang ingin diperjuangan oleh parti-perti adalah ia bertentangan dengan agama atau tidak. Jika jelas ada parti yang menolak Islam, barulah parti tersebut di nilai sama ia relevan untuk di tentang atau sebagainya.

Jika kita lihat pendekatan daripada salah seorang Khulafa' Arrasyidin iaitu Saidina Umar RA beliau cukup tegas dalam meksanakan tugasnya dan sistem Syura adalah yang utama. Beliau amat suka bertanyakan pandangan setiap pegawai-pegawai atau menterinya malah termasuk lah musuhnya bagi mendapat keputusan dalam membuat sesuatu.

Selain Saidina Umar, kita ke sejarah seorang tokoh pemimpin muda yang diberinama Sultan Muhammad Al-Fatih dimana dalam sistem pemerintahannya, umalak adalah yang paling atas sebagai penasihat kepada Sultan dalam melakukan sesuatu perkara tanpa melanggar Syarak. Ini perlu dijadikan contoh (qudwah) oleh pemimpin sekarang yang melatakkan orang agama di bawahnya biarpun bergelar menteri.

Diharap cadangan dialog ini tidak dipersiakan demi rakyat am nya dan ummat Islam khasnya. Inilah masanya untuk kita memulakan penyatuan.
Dialog UMNO-PAS pendekatan yang matang Dialog UMNO-PAS pendekatan yang matang Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 11:50 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.