Ini Dia Penawar Penyakit Sosial


Akhir-akhir kini pelbagai masalah yang berlaku di dalam masyarakat Islam khususnya di Malaysia ini. Pelbagai kes yang berlaku yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, bermula dari kanak-kanak, pelajar sekolah rendah, menengah dan IPT, golongan belia, golongan hartawan, golongan pekerja, pihak keselamatan malah hinggkan sampai kepada pemimpin.

Isu yang berkaitan dengan kana-kanak seperti dera, penculikan, cabul bunuh dan sebagainya yang sering berlaku dan ada diantaranya masih belum temui jalan penyelesainannya.

Manakala kes yang belibat kan pelajar sekolah dan IPT seperti "gengsterisme" , penagih dadah, rogol, hubungan seks luar nikah, pembuangan bayi, ponteng, hisab rokok, pukul cikgu, jadi pelacur kerana duit dan lain-lain.

Kes ini juga turut berlaku dalam kalangan belia juga cuma ia lebih ketara mungkin ia boleh dikaitan dengan kes pengangguran yang tinggi sekarang ini.

Golongan hartawan pula atau peniaga-peniaga, berlaku penyelewengan seperti makan harta orang, rasuah, menipu projek dan lain-lain lagi

Sebagaimana golongan hartawan, golongan pekerja juga terlibat dalam penyelewengan seperti yang paling ketara ialah rasuah dan juga ponteng kerja yakni menipu.

Isu golongan keselamatan pula kita boleh lihat, seperti Polis yang gempar dengan masalah rasuah, aramai penjenayah yang terlepas disebab kan mereka di bayar berbilion-bilon ringgit. Seperti juga iaus kehilagan enjin kapal terbang yang melibatkan orang dalaman itu sendiri.

Dalam isntitusi kehakiman juga turut berlaku kes rasuah ini, ada yang boleh mengatur siapa yang boleh menjadi hakim dan ikut arahan orang atas agar mudah nk lepas dari mahakaman.

Masalah masyarakat ini juga tidak terlepas kepada golongan atasan yakni pemimpin yang menjadi pembela nasib rakyat. Mereka ini juga turut bermasalah dengan isu rasuah, jatuh menjatuh kan kerana merebut kawasan atau jawatan atau nama. Ada juga yang sanggup gadaikan tanah rakyat untuk kepentingan sendiri. Mulut manis sewaktu berkempen dengan menggunakan pembela nasib rakyat, tetapi bila sudah berada diatas tidak pula menghiraukan rakyat tertindas ini.

Semua perkara ini sedia maklum oleh semua orang dan tidak pernah jumpa penyelesaian, ini kerana kaedah itu tidak yang digunakan tidak tepat dengan sepatutnya.

Islam sudah lama menyediakan ramuan bagi penawar kepada penyakit yang melibatkan ahklak, maruah dan kesedaran ini. Akan tetapi mengapakan mereka orang Islam tetapi masih terjebak dalam masalah-masalah sebegini?

Ini kerana mereka tidak mempraktikan 100% apa yang terkandung dalam Islam yang bukan hanya sekadar nikah kawin, sewaktu meninggal, menderma berjuta-juta, berpuasa atau bersoalt semata-mata. Tetapi ia lebih kepada penghayatan segala apa yang dilakukan itu seperti solat dengan semperna dari segi tertib dan kekusyukannya, puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, menderma kerana nama dan lain-lain lagi.

Baginda Rasulullah SAW sudah lama meninggalkan kita satu wasiat yang menjadi "point" kepada seluh ibadah kita, perbuatan kita dan segala penyakit-penyakit. iaitu sebagaiman Sabda nabi SAW dari hadis sahih yang diriwayatkan oleh Al Hakim yang bermaksud:-
“Sudah ku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat sepeninggalan ku jika kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah ku.”

Al-Quran dan Sunnah adalah pegangan kita dalam segala apa yang ingin dilakukan atau apa yang dilaksanakan. Jika Masyarakat di pupuk dengan apa yang di nayatakan dalam Al-Quran dan hadis ini, dengan keizinan Allah segala masalah-masalah ini tidak berlaku.

Jika anak-anak muda bimbing dengan suasana hidup yang berteraskan al-quran dan sunnah ini atau di beri didikan agama dan kefaham yang jelas tantang Islam diambah pula dengan praktikalnya, Nescaya segala masalah yang berlaku kini dapat dibendng dari awal lagi.

Jika pekerja faham akan apa yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah ini nescaya mereka akan bermamanah dan ikhlas dalam menjalankan tugasnnya.

Jika hartawan atau peniaga mejalankan pernaigaan mereka dengan apa yang di ajar dalam Al-Quran dan Sunnah, Nescaya mereka ini tidak berkira kecuali membutakan pelanggan berpuas hati dengan layanan mereka dan akan sedar segala rezeki ini datangnya dari Allah.

Jika martabat mahkamah Syariah di angkat dengan pengamalan Islam sepenuhnya, nescaya banayak kes yang akan selesai dengan cepat kerana dalam hukum Islam terkandung semua penyelesai masalah.

Jika pemimpin mempunyai didikan Islam yang sempurna dan sedar akan tanggungjwabnya. Nescaya dia akan melaksakana pemerintahannye dengan segalan yang diperintah kanJustify Full dalam Al-Quran dan sunnah dan tahap inilah yang menjadi punca apa yang berlaku dalam masyarakat. Jika baik pemimpin dalam sesebuah negara itu, maka baik lah seluruhnya, Insya'Allah...
Ini Dia Penawar Penyakit Sosial Ini Dia Penawar Penyakit Sosial Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 11:13 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.