Mesir: Pemakaian niqab lenyapkan personaliti wanita


KAHERAH 18 Feb. - Perdana Menteri Mesir, Ahmed Nazif menyertai perdebatan mengenai pemakaian 'niqab' (purdah) di negara ini, dengan menyifatkan tudung yang menutup muka itu sebagai pakaian yang melenyapkan personaliti wanita.

Niqab yang disokong pemakaiannya oleh golongan ultrakonservatif 'menghapuskan personaliti seseorang wanita', kata beliau menurut laporan agensi berita rasmi, MENA semalam.

Katanya, niqab ialah isu kebebasan peribadi tetapi tidak seharusnya melanggar kebebasan orang lain.

Beliau memberi amaran, terdapat sesetengah pelajar menggunakannya untuk menipu dalam peperiksaan.

Namun pihak universiti hendaklah mematuhi keputusan mahkamah pentadbiran yang menolak pengharaman ke atas niqab, katanya.

Mahkamah berkenaan bulan lepas memutuskan pengharaman ke atas pemakaian niqab di sekolah-sekolah perempuan yang bergabung dengan Universiti Al-Azhar sebagai tidak wajar.

Ia juga menolak pengharaman yang dikenakan oleh Kementerian Pendidikan ke atas pemakaian niqab di asrama universiti dan dewan peperiksaan, dengan menyifatkan pengharaman itu sebagai melanggar kebebasan wanita di sisi perlembagaan.

Kerajaan dan Universiti Al-Azhar sudah menunjukkan tanda-tanda kebimbangan mengenai niqab yang dikaitkan di negara ini dengan aliran Salafi yang kebanyakannya diamalkan di Arab Saudi.

Pemakaian niqab dilihat semakin merebak di Mesir, negara terbesar di dunia Arab, sebahagiannya disebabkan pengaruh yang kian meluas daripada stesen televisyen satelit yang menyiarkan ceramah mengenai ajaran Salafi. - AFP

http://www.utusan.com.my/

Mesir: Pemakaian niqab lenyapkan personaliti wanita Mesir: Pemakaian niqab lenyapkan personaliti wanita Reviewed by SyahiranMuhd on 9:26 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.