Anugerah Sinar Aspirasi Mahasiswa KUIS






Pada hariJumaat iaitu 16Januari2o1o yang lalu, Aku ke Pusat Kovensyen KUIS untuk menyaksikan penyampaian Anugerah Sinar Aspirasi Mahasiswa KUIS 90/10.

Anugerah ini diberikan kepada kelab dan persatuan serta mahasiswa yang aktif dalam menceburi pelbagai program serta persatuan-persatuan yang hidup dengan membuat aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada penghuni kampus.

Aku tiba kelewatan sedikit kerana menyelasaikan ususan membasuh pakaian dengan menggunakan mesin basuh he..he..

Tujuan lain aku hadir ke anugerah ini selain melihat mereka yang mendapat anugarah yang paling aktif, aku juga ingin melihat teman sebilik naik kepentas, menerima anugerah persatuan bawah jabatan terbaik dimana Nuaim merupakan YDP Persatuan Mahasiswa Syariah Undang-Undang KUIS.

Kehadiran mahasiswa pada malam itu tidak lah meriah lebih-lebih lagi merusi lelaki yang cukup ketara kosongnya, aku sorang2 duk depan sambil mengambil gambar.

Bagi Aku, anugerah ini sihat untuk memberi motivasi kepada mahasiswa supaya bergiat dalam aktiviti Outdoor atau diluar kuliah bagi menambah kemahiran dalam mengurus organisasi disamping saling kenal-mengenali dengan teman-teman yang berlainan bidang selagi tiada unsur-unsur yang tidak beradab didalam sistem pemilihan penerima.





Anugerah Sinar Aspirasi Mahasiswa KUIS Anugerah Sinar Aspirasi Mahasiswa  KUIS Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 4:28 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.