Isu Kalimah Allah : Sertai Demo Bantahan


Hari ini selepas sahaja aku bertolak dari UKM, aku terus menelefon teman di kampus untuk ke masjid Wilayah Persekutuan, jalan Duta KL. aku bersama teman bertolak dengan motosikal lebih awal kerna ini sampai sebelum masuk waktu solat Jumaat (Zohor).

Tujuan ku kesana adalah bagi memberi sokongan dalam perhimpunan aman yang membantah keputusan mahkaman tentang membenarkan kalimah Allah digunakan bagi penganut Kristian.

Aku bersama2 pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkumpul di hadapan masjid yang turut dihadiri Pri Bumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dengan melebarkan sepanduk bantahan serta membuat beberapa laporan kepada pihak media dengan proses temuramah dengan SU Agung PKPIM iaitu Kahirul Anwar Musa dan PERKASA Perlis Encik Ariff dan ia disiarkan dalam buletin TV3( Muka aku masuk wooo...)


Isu Kalimah Allah : Sertai Demo Bantahan Isu Kalimah Allah : Sertai Demo Bantahan Reviewed by Mohd Syahiran Muhammad on 4:29 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.