Barakat: Tembok Mesir lebih merbahaya.
Jumaat , 15/01/2010 -Ali Barakat, Ketua Biro Politik HAMAS di Lubnan menegaskan tembok keluli Mesir yang dibina sepanjang sempadannya dengan Semenanjung Gaza pada hari ini adalah jauh lebih merbahaya terhadap rakyat dan perjuangan Palestin berbanding tembok keselamatan regim Zionis yang dijadual akan dibina dengan sempadan Sunai, Mesir.
Beliau juga menegaskan, situasi ini akan mengetatkan lagi kepungan terhadap rakyat Palestin yang sedang berhadapan dengan ancaman serangan baru Zionis terhadap Gaza.
Barakat berkata dalam kenyataannya kepada Saluran Berita al-Qanah, pada hari Khamis (14/1): “Sebenarnya pembinaan tembok oleh Mesir adalah untuk mengetatkan lagi kepungan terhadap Gaza.
Ia juga bagi melaksanakan perjanjian Amerika-Zionis yang termetrai pada penghujung pentadbiran Bush.” Beliau menganggap Amerika dan beberapa negara Arab tertentu mahu melaksanakan agenda politik yang akan memberi kelebihan kepada regim Zionis serta menyekat pihak pejuang yang dianggap sebagai
Barakat: Tembok Mesir lebih merbahaya.
Reviewed by SyahiranMuhd
on
10:04 AM
Rating:
No comments:
Post a Comment